Sep 19, 2010

Sayangi Diri Sendiri

Santapan Rohani dari Bicara Mufti TV1

soalan
Apakah tanggungjawab kita terhadap amanah Allah

jawapan

4 perkara iaitu

1) - Umur -tempoh kehidupan yang dijanjikan
apakah yang dilakukan sepanjang tempoh itu...melalui jalan kebaikan atau sebaliknya

2) - Jasad
seluruh jasad akan dipersoalkan -bagaimana menjaga jasad - tangan , kaki, tubuh yang hebat, kuat dan sihat kemana diarahkan atau pun disalah gunakan...
3) - Ilmu
Adakah bermanafaat dunia dan akhirat atau hanya dunia semata-mata
ada ilmu yang membawa kehancuran seperti mengamalkan ilmu hitam, bertuhankan syaitan dan iblis


4) - Harta

Dari mana diperolehi,
bagaimana dibelanjakan - adakah melaui jalan halal atau pun haram @ diperolehi secara halal tetapi digunakan secara haram

Jika tidak menjaga 4 perkara ini dianggap tidak menjaga amanah ALLAH

Sesiapa yang tidak menjaga amanah Allah beerti menzalimi diri sendiri.

soalan

Bagaimana untuk mendapat kasih Allah yang abadi

jawapan

Rujuk kepada AlQuran dan Sunnah Rasullullah SAW

Beriman kepada perkara ghaib

Bertawakkal kepada Allah

Cintai diri sendiri
- zahir dan batin - cenderung cinta kepada Allah daripada yang lain

Semoga kita sentiasa diberi hidayah dalam apa jua tindakan agar tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi didunia dan akhirat


5 comments:

gnesop.com said...

nice sharing.. thx

Masa DAH Time said...

doa tu simple dan mudah diamalkan setiap hari. baik untuk kebaikan dunia dan akhirat

sud@is said...

@gnesop.com - semoga sama2 kits dpt manafaat tq komen..

@Masa DAH Time - tq singgah komen..aminn

sweetie2010.blogspot said...

moga kita tergolong dlm golongan yang dipelihara Allah swt dari azab neraka jahanam.

sweetie2010.blogspot said...

moga kita tergolong dlm golongan yang dipelihara Allah swt dari azab neraka jahanam.