Oct 2, 2010

Al kisah Pakcik, tokwan dan cucu!!!

Satu hari aku sempat berbual dengan seseorang yang membahasakan dirinya pakcik ditempat pameran. Pakcik ni peramah dan suka bercerita..bukan aku keanal dia pun...layan ja

Gaya pakcik tu bercakap aku dapat agak yang dia bekas seorang pendidik atau pesara kerajaan yang berpangkat juga.
Sambil melihat bahan pameran pakcik tu bercerita, kiasan juga ceritanya. ceritanya bertajuk burung cak raya dan cak tanah.

Cak raya hidup nya suka berkicau,happy2 ceria dengan anak bini nya, hinggap kesana kemari sambil menyanyi, riang gembira. Akhinya dia jatuh ketanah.

Cak tanah pula hidupnya x ceria alaala kadar saja, tidak terbang tinggi hanya mencari makan disekitarnya sahaja
, namun dai bahagia juga.

Aku meneka pakcik ni mesti cak raya..sbb wajahnya dr tadi ceria saja....pakcik tu tersenyum sinis dengan ayat aku. Aku x faham apa
yang pak cik ni nak cerita sebenarnya.

Rupanya pakcik ni melalui perjlaanan hidup yg pahit dlm sejarah, senang cerita dia tidak mendapat pembahagian harta yang sama adil diantara adik beradiknya. Akhirnya dia merantau mencuba nasib sehingga dia menjadi usahawan berjaya.


Berjaya juga aku korek ceritanya.


Aku x puas hati nak tau pakcik tu kerja apa
dulu, sbb dia pandai bercakap.

Dia kata, pakcik dah tua kalu bercucuk tanam pun dah x sempat nak makan rasanya. Bila pakcik mengeluh cam tu aku teringat cerita dari tok aku.


Cerita tok wan dan cucu


Tok wan: setiap hari mencangkul , menggembur tanah dibelakang rumah nak tanam pokok.


cucu: tak payah lah tanam pokok lagi
tokwan, kalu berbuah pun sudah tentu tokwan x sempat makan.

tokwan: kalu tokwan x sempat makan, anak cucu tokwan boleh makan


cucu: buat apa tokwan menyusahkan diri, buah2an boleh dibeli kat pasar tani.


tokwan: kalau anak cucu x sempat makan, biarlah jadi makanan burung, Kalu pokok tidak berbuah ,biarlah dia jadi pohon rendang tempat
berteduh sesiapa yang lalu.

Setelah beberapa tahun cucu yang merantau menuntut ilmu dan berjawatan pulang kekampung terpegun melihat tokwan yang panjang umur dan pokok yang sudah berhasil mengeluarkan buah. Cucu pun tumpang sekali....

Selepas dengar cerita aku pakcik tu pun belah sambil tersenyum (dia boring cite aku kot, aku sempat minta maaf kat pakcik tu)jgn marah pcik lain kali datang lagi...hehe

Moral cerita ni lakukan sesuatu yang baik itu dengan ikhlas dan tanpa syarat
.

7 comments:

echah mashuri said...

echah penah dgr live sorng ank mrh kat mak dia sbb nk tanam pohon kelapa..siap cakap bukan mak sempat pun makan..sedih tengok muka mak dia mase tu..terasa sgt..tp mak dia diam aje...hurmmm...kdg2 takot kate2 kite buat mak ayh terasa..

@na said...

Menarik cerita sifu ari ni! proud of u....

S..U..D..@..I..S said...

@echah mashuri - kena berhati2 cakap dengan mak ayah ni agar x kecik hati.. klau kecik hati nnt dia lari balik kan cah..

@@na - apa ni @na x abih2 angkat ,, aku bkan bleh sangat angkat2 nii.. nnt terangkat melekat... tq sudi jenguk blog yg haru biru....merapu!!

tehr said...

kisah yang banyak pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir

mengeluh juga aku membacanya

S..U..D..@..I..S said...

@tehr - cerita org tua2 penuh simbolik, dalam maknanya

RuSh D said...

org2 tua cakap penuh ngan tersirat.tp byk faedah nyer..

S..U..D..@..I..S said...

@RuSh D - terpulang pada kita mentafsir dan menilai