Oct 12, 2010

Andai Kebahagiaan Dapat Dibeli.............................

Setiap orang mengimpikan kebahagiaan...
Tapi bagaimana?

Jangan terlalu mengharap pada manusia

kerana manusia itu bersifat 'baharu'
manusia mudah lupa..
manusia boleh berubah..
hari ini mungkin setia..
tak tahu hari esok apa akan terjadi..
mungkin mungkiri janji...

Jangan terlalu mengharap pada duit membukit

kerana suatu hari mungkin kita menjadi hamba duit
kerana duit.. duit.. duit
bila2 masa boleh mengelabui mata hati..
mata dan hati pula selalu 'tomak'
tidak pernah puas.............................
andai tidak berpaksi iman dan taqwa

Jangan terlalu mengharap pada harta bertimbun

dengan harta manusia bersengketa
dengan harta manusia porak peranda
musnah bahagia.....................
kerana harta tidak menjamin
ketenangan jiwa.....................

seperti kisah Christina Onassis
 
Christina Onassis mewarisi harta kekayaan yang melimpah-ruah dari bapanya Aristoteles Onassis. Christina menjadi pewaris tunggal dari kekayaan bapanya  itu.

Ternyata kekayaan yang melingkarinya tidak mampu memberi kebahagiaan yang dimpikan.

Di sepanjang hidup, Christina melalui empat perkahwinan yang kesemuanya gagal dan menyakitkan. Hidupnya Christina Onassis diwarnai dengan kawin-cerai.

Kegagalan demi kegagalan dalam perkahwinan akhirnya membuat Christina cuba mencari kebahagian dengan hidup sendirian.

Dia kecewa sepanjang hidupnya....
akhirnya....
Apa yang terjadi padanya? 
Siapa yang membunuhnya? 
Dia kehilangan punca sehingga sanggup membunuh diri!!

Inilah akhir kisah tragis wanita paling kaya di dunia.

Ternyata harta yang melimpah, 
tidak boleh membeli kebahagiaan hidup.

Berusaha, bertawakkal dan mohon perlindungan HANYA PADA ALLAH 

kerana ALLAH maha kaya
maha pemurah lagi mengasihani
ALLAH tidak memungkiri janji 

Pesanan untuk diri sendiri juga

13 comments:

misyamissyou said...

uh..cite benar ea..byk duit pon xbhgia..hmm

Mario said...

betul tu...harta bukan segalanya...psl cristina tu...agak2nya yg kawin tu seme nak duit dia je kot...hehe

iszieylyanziy said...

kan best klu ley bli kbhgiaan,,huhu,,duit berkepuk byk pon xgune,,hehehe

Gayahspears said...

salam sudis...
betoi tu,.. gayah setuju..
kita nih kena ade saling sayang menyayangi baru kekal abadi.. gune bersepah2 ade pon x gune jugak kalo x bahagia...

S..U..D..@..I..S said...

@misyamissyou - ya setuju.. bahagia tu apabila saling hurmat menghurmati sayang menyayangi diantara satu sama lain..betul x misya

@Mario - hipokrit ke tu.....

@iszieylyanziy - jutawan dan hartawan yg paling bahagia..

S..U..D..@..I..S said...

@Gayahspears - kasih dan sayang yang ikhlas tanpa syarat dan doa yang berterusan insyaallah kekal..aminnnn

Tomato Gurl's Life said...

betul..duit yang banyak xmenjamin kebahagiaan..

S..U..D..@..I..S said...

@Tomato Gurl's Life - kalu x da duit cik tom lagi x bahagia..abih camna....biarlah kaya hati dan harta ..hehe

F.I.C.K.R.Y said...

Sokong entry nie, duit tak mampu nak beli kebahagiaan hakiki kat dunia mahu pon di akhirat kelak~

LadyBird said...

Hati manusia dicipta berbolak balik..
hari ini lain, esok lain..

kerangRebus said...

betul3...i memang xcukup duit...tapi i xmoh kaya rayap okeh..uhu..mesti lagi teruk nnt idup..iskh3 :)

gnesop.com said...

kaya tidak semestinya bahagia, miskin tidak semestinya sengsara..
islam galakkan kesederhanaan dlm semua perkara

S..U..D..@..I..S said...

@F.I.C.K.R.Y - betul tu cik F.I.C.K.R.Y, kaya iman dan takwa insyaallah jamin hidup bahagia dunia akhirat

@LadyBird - lusa pun mungkin lain....

@kerangRebus - biar sederhana dalam semua urusan

@gnesop.com - ya setuju sangat dengan cik sop, bersederhana, yang penting jiwa merdeka