Oct 31, 2010

Antara Tanda2 Keberkatan Umur

Ajal adalah satu ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah. 

Tarikh, tempat, detik waktu, dan bagaimana cara adalah hak mutlak urusanNYA

Setiap orang telah ditulis tempoh ajalnya sejak azali, tidak boleh dikemudiankan dan didahulukan walaupun sesaat. 

Itulah yang selalu kita dengar.

Panjang pendek umur seseorang bukan ukuran/jaminan keselesaan hidup disana andai tidak merebut peluang yang ada untuk beramal. Apa guna kalu dipanjangkan umur hanya bergelumang dengan maksiat...


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

"Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)


Antara tanda2 keberkatan umur::::

Semakin berilmu semakain tawaduk dan berhati2 dalam melakukan sesuatu pekerjaan

  • semakin lanjut usia semakin kurang rasa tamak (harta benda wang ringit)

  • semakin harta bertambah semakin bermurah hati untuk menderma (kaya tidak bakhil jgn jadi macam hj Bakhil)

  • semakin berpangkat semakin mesra dengan orang lain

  • semakin duduk diatas tidak sombong dengan orang yg dibawah

Keberkatan umur itu adalah dalam kawalan kita sebenarnya, spt amalkan yg maaruf dan tinggalkan yg mungkar...






Sama2 lah kita berdoa agar dipanjangkan umur dalam kebajikan
dimurahkan rezeki yang halal
dimatikan dalam iman



amain   aminnnnn
sumber motivati pagi 

3 comments:

azhar said...

rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa merasa
cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan.

Insan Marhaen said...

adakah IM di dalam kategori itu? uffss..

S..U..D..@..I..S said...

@azhar - setuju, sentiasa berdyukur dengan nikmat yang ada

@Insan Marhaen - menilai dengan muhasabah diri kot....