Nov 6, 2010

Darah Tinggi Penyakit Seumur Hidup

HIPERTENSI ataupun darah tinggi merupakan salah satu penyakit utama yang sering dihidapi penduduk negara ini. 

Walaupun bahaya penyakit ini banyak didedahkan, begitu juga cara-cara untuk mencegahnya namun bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan.

Ini kerana ketiadaan simptom ketara yang dapat mengaitkan seseorang dengan penyakit ini.

Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal
Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman menegaskan, punca tekanan darah tinggi membabitkan 95 peratus pesakit masih tidak diketahui.
“Malah, ada individu yang tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedikit pun menunjukkan simptom,” katanya.
Ujarnya lagi, penyakit ini tidak akan hilang. Dalam kebanyakan kes, ia merupakan penyakit seumur hidup.


Akibatnya, penghidap darah tinggi perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat bagi mengawal tekanan darah mereka.

Secara amnya, darah tinggi merujuk pada tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Pesakit yang mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dalam keadaan rehat berpotensi positif mendapat penyakit tersebut.

Bagi pakar pemakanan, Dr. Fatimah Arshad menjelaskan, penghidap darah tinggi perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan.

“Kurangkan makanan berlemak dan banyak makan sayur-sayuran serta buah-buahan segar. Jangan makan buah2an yang dibuat rojak (haa  yang ni sllu aku mkn). Kicap mengandungi garam yang tinggi (yang ni pun selalu renjis kat telor mata kerbau...fuhhhh).

“Kurangkan penggunaan belacan untuk masakan, begitu juga ikan dan telur masin. Makanan segera pula harus dielakkan,” katanya.


sumber kosmo

13 comments:

Insan Marhaen said...

bebaru ini IM terfikir bahawa bersikap tenang dan selalu berlapang dada adalah cara untuk mengelaknya.

ibuintan said...

darah tinggi penyakit zaman moden, tidak memilih mangsa... kita yg perlu berusaha untuk mengelakkannya

S..U..D..@..I..S said...

@Insan Marhaen - makanan juga IM...kurang lemak dan masin biar kurang sedap sikit takpa..... dan elak stres juga

@ibuintan - betul tu ibuintan penyakit yang datang secara senyap, kena checkup at least 1 tahun sekali...

diana said...

belacan..
oh ye ke??
tak de sambal belacan
tak de selera la nak makan..
hoho...

Tomato Gurl's Life said...

ayah cik tom ade darah tinggi..
byk kena pntg makanan...
setiap org baik cek pnyakit sekali setahun ukt drh tggi, diabetes etc.

tehr said...

agaknya budu pun sama
masin juga tu

S..U..D..@..I..S said...

@diana - makan sikit2 ok kot diana....

@Tomato Gurl's Life - aku pantang juga cik tom tapi pantang nampak menda2 yang sedap tu,,,rojak

@tehr - budu , belacan cencaluk tu adik beradik tehr, semua penyebab penyakit kalau diambil berlebihan..

tapi
rasanya
boleh dimbangkan dengan sayur dan buah2an...betul x......

azhar said...

orang kurus boleh kene darah tinggi x...

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

makanan kat kedai sume masin2..kesian kat my mum kalau pergi kedai je mesti kene pantang2 sket....

bahaye darah tinggi niy...leh kene angin ahmar taw....

JOM USHA- ALTERNATIF SELAIN KOPI.."

ozzy said...

salam..

Penyakit moden yg kian meningkat termasuk diabetes..punca dr makanan..ada yg cuba mengawal pemakanan tapi masih juga kena..

padin said...

pemakanan dan gaya hidup juga mungkin menyumbang, hee

S..U..D..@..I..S said...

@azhar - darah tinggi menyerang sesiapa saja x kira gemuk kurus atau kecik besar setahu saya...

@FeeZ~Hafizah~cucuatokaji - masak makan dirumah sebenarnya lebih baik tapi kita kadang2 kesuntukan masa dan banyak urusan

S..U..D..@..I..S said...

@ozzy - semua penyakit berpunca dari makanan yang kita ambil, nafsu dan selera makan yang baik buat kita terabai mengawal pemakanan seimbang

@padin - ya betul padin.. lagi satu nak istiqomah jaga makanan untuk kesihatan agak sukar jika tidak ada kekuatan....