Nov 5, 2010

Banjir Melanda Kawasan Utara

Kedatangan banjir amat merisaukan semua pihak terutama petani. Lautan padi akan musnah apabila pokok2 padi ditengelami air lebih dr 2 hari. Ini yang aku nmpak sbb keluarga aku penanam padi. Budak2 sllu main banjir, (nostalgia) ingat seronok semata2, mana ada fikir bahaya.

Pemantauan ibu bapa sangat penting time banjir cam ni... pastikan anak2 tidak keluar jauh dari rumah dan sentiasa peka dan patuh arahan pihak berkuasa ..

Keadaan2 yang sering berlaku tika musim banjir
Kanak2 hilang terjatuh longkang,
Berbasikal dengan kawan2 tanpa pengetahuan ibu bapa,
Kecurian harta benda,
Penyakit berjangkit,
Sekolah yang terlibat terpaksa ditutup,
Peperiksaan tergendala
dan banyak lagi.....

Memandangkan Peperiksaan SPM akan bermula pada minggu akhir Nov amat wajar peperiksaan  ditunda jika keadaan banjir berterusan.....

tp berita panas SPM akan diteruskan biarpun banjir besar melanda Kedah Perlis.. 


KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula pada 23 November ini tidak akan ditangguhkan meskipun banjir besar melanda Kedah, Perlis dan Kelantan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peperiksaan tersebut tetap dijalankan dengan memindahkan calon terbabit ke kawasan yang tidak terlibat dengan bencana tersebut.






Apa pendapat anda....







6 comments:

ibuintan said...

salam,
simpati dengan petani yang terlibat dengan banjir, semoga mereka tabah menghadapinya

tehr said...

berakit-rakit ku hulu
berenang-renang ke tepian
air bah datang dahulu
masalah lain datang kemudian

S..U..D..@..I..S said...

@ibuintan - semua ini ketentuan yang memerlukan kesabaran yang tinggi bagi menghadapi ujian....

@tehr -
sekali bah sekali pindah
nampak bendang macam laut
klau kat kelantan lali sudah
tp orang kedah masih terkejut.....

akubiomed said...

Harap yang menempuh ujian SPM tabah menghadapi bencana banjir yang menimpa

Tomato Gurl's Life said...

cik tom pernah exam time banjir..
banjir bukan penghalang..
good luck pd adik2 yg amik spm ;)

S..U..D..@..I..S said...

@akubiomed - kesian pada pelajar kat sebelah utara ni banjir kritikal, cam na nak study....semuga tabah apa nak buat jadual x boleh diubah

@Tomato Gurl's Life - kenangan suka duka tu ciktom....