Nov 19, 2010

Rahsia Tulisan Tangan

Rahsia Melalui Tulisan - Dr Fadzilah Kamsah


Bentuk Tulisan

Pertama : Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

Kedua : Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a)
Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…
kata Dr Fadzilah Kamsah.

Sejauh mana benarnya.....

17 comments:

ibuintan said...

slamat pagi... wah kena ubah gaya tulisan gak ni!..

Annisa said...

tulisan tegak ;(

sud@is said...

@ibuintan - kalu gitu nak ubah juga la, harap kedua2 berubah

sud@is said...

@aneesa ♥ - petanda baik tu...aneesa, kekalkan

Anonymous said...

macam betul jek..heee

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hehe..

agak betul la...

tulisan tegak, ada ekor, tinggi..

tapi masih banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki =)

sud@is said...

@misyamissyou - betul kebetulan, hasil kajian dr fadzilah kamsah

sud@is said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr - kalu camtu kira mantap la tu, baiki yang mana yang kurang...

Aretikz said...

Kalau tulisan mcm kat pc mcm mna ya? haha..
Uuh.. maybe ada benda btul ada tidak.. yg penting.. pertingkatkan yg baik.. perbaiki yang lemah.. hehe..

tehr said...

hanya sebahagian sahaja tepat dengan diri saya
hehehe

Anonymous said...

heheh...tulisan tegak

Unknown said...

hahaha..tulisan apik pelik sikit..kejap condong kiri,kejap kanan..hehe

sud@is said...

@Aretikz - saya setuju pertingkatkan yg baik.. perbaiki yang lemah untuk lebih cemerlang

sud@is said...

@tehr - macam mana yang sebahgian lagi tu...baik atau kurang baik..

sud@is said...

@azhar - bagus tu.. tak suka gaduh-gaduh, lebarkan ukhwah dan sebarkan dakwah..

sud@is said...

@apik pehe - ikut angin ke apik,... ada kelebihan tersendiri

Aretikz said...

Kalau tulisan mcm kat pc mcm mna ya? haha..
Uuh.. maybe ada benda btul ada tidak.. yg penting.. pertingkatkan yg baik.. perbaiki yang lemah.. hehe..