Dec 2, 2010

Bila Si Dia Bertanya..

Contest yang dianjurkan oleh En. Ben Ashaari

Aku kenal En Ben Ashaari blogger hebat yang selalu buat contest  melalui blog kawan-kawan,
Semasa aku buat post ni followernya mencapai 5334...hebat tu.....
Aku dapat tau contest ni di Blog Kalamhati..dan tiba-tiba (macam cerita seram ja)
Aku terpanggil untuk join dan ini merupakan contest pertama yang aku join sepanjang aku berblogging. 

Kalau anda berminat nak join segmen ni..Klik SINI ya.

Ini soalan-soalan dari En Ben
1. Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
Pertama sekali perlu ada ialah header sebab header ni merupakan pengenalan kepada sebuah blog, seperti budak baru lahir mesti nak letak nama.
 
Yang terutama semestinya menu utama iaitu entry yang dipaparkan untuk tatapan pembaca.

Kedua ialah profile tuan punya blog  beserta image sebagai pengenalan diri kepada sesiapa  yang jengah blognya.
Ketiga shoutbox untuk berkenalan atau betanya khabar.

Keempat Follower untuk mencari kawan atau menambah kawan

Kelima bloglist untuk mengetahui blog yang sentiasa update untuk di jelajahi atau blogwalking.

Selebihnya widget untuk mencantikkan blog asal tidak terlebih tampal.

2.Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
Promosi blog dengan melawat blog kawan-kawan dan komen entry jika berkenan juga tinggalkan jejak bertapak di shoutbox atau pun link.
Boleh juga melalui Facebook

3. Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk? dan kenapa?
Tidak suka masuk blog yang terlalu lama untuk uploading dan yang banyak widget seperti bintang-bintang dan seperti salji turun. Keadaan ini menjadi lambat untuk baca entry dan bosan menunggu.

4 Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
Yang paling mula menarik perhatian adalah header blog, kerana kalau header cantik kita akan terpaku kesitu sebelum ke tajuk entry, gaya penulisan yang  senang faham  serta gambar-gambar yang disertakan. Kemudian kesebelah melihat penyusunan di sidebar.

4. Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?

Jangan mudah putus asa, jadikanlah kesilapan yang lalu sebagai asam garam untuk ketahap yang lebih tinggi. Anggaplah keritikan sebagai landasan untuk kejayaan.
Jangan lakukan apa yang kita tidak suka orang lain lakukan kepada kita.

5. Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda?

Blog pilihan ialah yang simple dan cerita yang disampaikan memang menarik minat membaca. Ada isi dalam cerita dan penyampaian yang bersahaja.
Blog cerita lawak dan blog yang buat entry dalam bentuk kartun yang simple

Itulah saja rasanya yang mampu aku paparkan disini buat 1st time try.


4 comments:

Kalamhati said...

clap!clap!clap!..tu dia encik sudais kita dah pukul canang..hehe

jawapan mantop!i like!..=)

tehr said...

jawapan ni dapat pula memberi panduan untuk saya memperbaiki kelemahan yang ada
hehehe - thanks

Atika Natasha said...

waa...gud luck eh!

CIK TOM said...

cik tom setuju pe yg perlu ada pd blog 1st ialah header!

p/s; seminggu cik tom tak online..skang sesi balas jejak komen!