Dec 12, 2010

Elak 7 Perkara Selepas Makan

Mukaddimah...'Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang'. Makan perlahan-lahan dan kunyah dengan sempurna untuk lebih rasa nikmatnya makanan.
 
Melakukan sesuatu atau memakan sesuatu selepas makan tengah hari atau malam, akan menyebabkan berlakunya tindakbalas kimia di dalam tubuh.  Elakkan 7 perkara.

1. Jangan merokok selepas makan
Kajian mendapati sebatang rokok yang disedut selepas makan sama dengan 10 batang rokok. Risiko mengidap kanser lebih tinggi.

2. Jangan makan buah.
Ini akan menjadikan perut dipenuhi udara (kembung). Sebaiknya makan buah 1 jam sebelum makan (sama ajaran sunnah).

3. Jangan minum teh.
Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi,campuran ini akan menyebabkan protin didalam makanan sukar untuk dihadamkan.

4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
Tindakan ini akan menyebabkan masalah usus

5. Jangan terus mandi
Menyebabkan peningkatan aliran darah pada kaki, tangan dan tubuh badan, ini akan mengurangkan kuantiti darah pada bahagian perut seterusnya menyebabkan proses penghadaman menjadi lemah

6. Jangan berjalan
Berjalan selepas makan akan membuatkan sistem penghadaman sukar menyerap nutrien. Tunggu selepas 1/2 jam baru mulakan aktiviti

7. Jangan tidur
Ini akan membawa kepada masalah gastrik dan jangkitan kepada usus.


Selamat mengelakkan 7 perkara selepas makan untuk kesihatan lebih sempurna.


Sumber Majalah

No comments: