Dec 13, 2010

Kucing Mati Meninggalkan Misai

Kucing adalah binatang peliharaan dan kesayangan Rasullullah. Jadi jangan sesekali  membenci kucing (pesanan untuk aku). Ramai orang suka kucing kerana sifatnya yang manja dan menghibur. 

Dikatakan dan telah menjadi bukti melalui pemerhatian orang yang suka dan memelihara kucing rezekinya murah. Namun tak kurang pula yang membenci kucing, mungkin ada sebab tertentu.


Kucing ada beberapa kelebihan,

Kucing boleh melihat di tempat yang gelap kelebihan khas yang ALLAH bagi kepada sang kucing)

Kucing sangat peka untuk mencari tempat tinggi pada masa banjir
 

Kucing adalah pemburu kepada mangsanya iaitu tikus. Kalau rumah banyak tikus peliharalah kucing. 

Kucing pandai mencari air yang bersih


Kucing betina sangat penyayang dan sebagai pelindung kepada anak2nya. 
Awas kucing jantan banyak tabiat jahat.

Hasil kajian mendapati dengan mengusap binatang peliharaan seperti kucing boleh menghindari penyakit. 
Walahua'alam


Tahukah anda pokok misai kucing.  Ha... inilah bakti kucing.

Daunnya dijadikan herba bagi  merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

herba misai kucing






Caranya, daun pokok misai kucing dikeringkan. 
Bila sudah kering daun itu direbus dengan tiga cawan air dibiarkan sehingga menjadi 1 cawan. Diminum 2 kali sehari.
Ada juga terdapat dalam bentuk jus dan teh herba.
teh misai kucing










Jom cuba...






No comments: