Bersyukur iaitu berterima kasih diatas segala yang diterima baik dari manusia lebih-lebih lagi darpada kurniaan ALLAH. Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan percuma, masih lagi diberi nafas untuk menghirup udara segar.
Aku buat entry ni sebab boleh dikatakan setiap hari semasa ketempat kerja aku sering bertembung dengan sepasang suami isteri yang cacat menaiki motor kenderaan orang cacat mungkin juga ketempat kerja. Mereka gigih mencari rezeki buat aku sedih, tidak meminta seperti peminta sedekah. Kadang-kadang aku rasa tak sampai hati nak memotong kenderaan mereka.
Semuga pasangan itu diberi kesihatan yang baik dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan dan semuga ada lebih sinar untuk mereka.
Banyak pendapat mengatakan, untuk menjadi seorang yang berjaya, seorang yang hebat, kita perlu tahu untuk bersyukur dengan penuh keikhlasan.
Renung kedalam diri, yang kita masih punyai mata untuk menikmati keindahan alam, bayangkan andai kita sudah hilang satu nikmat yang bsar ini...bermakna dunia kita 24 jam kelam, malam, hitam..
Semuga ALLAH tidak hilangkan rasa bersyukur dalam diri kita....amin
8 comments:
ameeen.. insya Allah..
Alhamdulillah.. :)
syukur jugak..apik da berapa kali eksiden moto..tp alhamdulillah..dapat lg hidup smpai skang..
@waRDah @ QiQi - Terimakasih, syukran jazakallahukhoirankasira
@apik pehe - semuga dipanjangkan umur apik hti2 dijalan raya
Beersyukur kita kerana masih terpilih untuk rasa bersyukur..
insyaAllah...memang bersyukur sangat walaupun bukan sume kita nak kita dpt...tp ada hikmah disebaliknya
erm..tetiba jadi tersedar..ayik cakap napelah ak xmacm dia tu,xmcm dia ni..walau sllu dalam hati je tapi rase xbsyukur plak..nauzubillah..thnks sudais!
Alhamdulillah,akak bersyukur dengan dengan rezeki yang ada sekarang.Makluman...mulai minggu depan blog akak akan diauto-publish,segala komen kekal diartikel akan akak usaha membalasnya,komen diS.miX dikhuatiri terlepas pandang.Kami suami-isteri akan ride di Indonesia dan berakhir di Kalimantan.Jangan jemu berkunjung di blog kami.
Post a Comment