Dec 29, 2010

Menjelang 2011


Tahun baru menjelang lagi
Seperti biasa ianya disambut meriah, seperti tahun lalu
Meriah, meriah penuh gembira
dan seperti tahun2 sebelumnya
Hakikatnya apa?
Kenapa gembira tiap kali tahun baru tiba?
Hakikat tahun baru
Umur semakin tua
Tenaga semakin tiada
Penyakit makin tiba
Anak-anak makin dewasa
Banyak rakan sudah tiada
Hakikatnya yang pasti
Kubur semakin hampir
Ayuh sahabat perbanyaklah amalan bekal kita
Untuk menuju negara abadi
Tempat menuai segala amalan
Di alam fana ini
Ya Rabbi, Ampunilah daku dan kedua ibubapaku
Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu
aku berada dalam perjanjian dengan Mu
ikrar denganMu
segala kemampuanku dan
aku berlindung padaMu 
dan kejahatan apa2 yang telah aku lakukan
aku mengakui nikmatMu kepadaku 
dan aku mengakui dosaku
maka ampunilah aku kerana tidak ada yang boleh mengmpuni daku kecuali 
Engkau Ya Rabbi amin3..

1 comment:

Hanis Azla said...

entry yg penuh peringatan buat diri ini.. Thanks yer.. semoga amalan kita bertambah baik kualiti dan kuantitinya selepas ini.. slmt tahun baru 2011..