Dec 30, 2010

Cuti-cuti Malaysia Mesra Alam



Perancangan lain, lain yang jadi, itulah dikatakan kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. 
Perancang awal nak ke tempat lain sempena cuti sekolah, tapi disebabkan semuanya ada hal dan 2-3 kali tarikh dipinda akhirnya jadi seperti dalam gmbar dibawah. 

Yang ni semuanya last minit, apa pun syukur alhamdulillah  semuanya dalam kehendaknya jua.

Gambar menceritakan segala.....
>
>
>
>
>
>
>
>


 Jalan-jalan ke Zoo Taiping pada 27 & 28 Dis 2010

rehat kat sini ok juga - Chalet Kamalodge

pagi2 p zoo>>>>>>>>>>>
                     >
                     >
                     >

 beraksi bila nmpak camera...

jarak 1 meter ni..wpun berpagar takut juga


Teruja dikandang unta
bila aku gosok2 leher unta sambil berkata
'assalamualaikum ya unta tunggangan Rasulullah'
dia respon sambil berbunyi....
aku rasa dia jawab salam tu..hehe...

tapi bila bangga penjaga unta tu suruh panggil 'mila'...terus unta tu berpusing 180 darjah dan terus memejamkan matanya.....hai feel unta (aku rasa dia x suka nama mila, mungkin dia suka nama Fatimah atau Siti Hajar kot).....


Dari zoo ke Bukit Larut(Maxwell Hill) menaiki jeep , setengah jam perjalanan sejauh >< 10.3km, mengikut kata pemandu pelancong/jeep.


kami naik jeep biru tu bersama pegawai2 JLN (Jab. Landskap Negara)...dahsyat/seram `conner patah renyok' kata orang2 JLN
hujan renyai2, berkabus 
(semua gmbar agak blur sikit, dr nset sony )
 Dipuncak hanya dibenarkan 1/2 jam untuk bersiar-siar menikmati keindahan. Ralatnya tidak wujud seperti didalm pampelat yang menunjukkan banyak tanaman pokok2 bunga yang beranika seperti ros, tulip dan kaktos.  
Panorama yang cantik bandar Taiping boleh dinikmati pengunjung yang bermalam di chalet dipuncak bukit...


Satu pandangan, alangkah ruginya kalau kawasan yang cantik hijau nyaman semulajadi begini kurang mendapat perhatian untuk tujuan pelancongan. Pejabat Daerah Larut dan Matang yang menguruskan tempat Peranginan ini.
on d way turun,,,,jeep depan tu pancit,, semua yang dalam jeep belakang(6) kecut perot...baca doa ja time ni..


haah..lega syukur dah selamat sampai (jeep kiri)...




Tahun depan ada cadangan perkhidmatan cable car ke Bukit Larut menggantikan jeep yang sedia ada agak uzur (maintainance tinggi,  kata driver jeep yg aku naik).







No comments: