Jan 1, 2011

Tahun Baru Nak Hebat

Kenapa perlu menjadi insan yang hebat?
Banggakah menjadi hebat?
Macamana nak hebat?

Definasi hebat
Hebat itu sangat subjektif. Hebat bermaksud teramat dan luar biasa mengikut Kamus Dewan. Luar biasa disini ialah gagah, dahsyat, kuat, elok dan bagus. 

Biasanya hebat ini menggambarkan personaliti seseorang. Semestinya mereka lebih bijak, lebih berharta, lebih berilmu, lebih berakal, lebih pintar, lebih berjaya, lebih berbudi bahasa dan lebih kreatif berbanding dengan orang lain.

Kata pakar motivasi dari e-data network Dr. Shukri Ahmad, kalau nak hebat terlebih dahulu katakan kepada diri sendiri: 
'aku nak hebat'
'aku mampu menjadi hebat'
'aku perlu menjadi hebat' berulang kali dan perlu disusuli dengan usaha berganda, tidak mudah putus asa, tahan cabaran, rebut peluang didepan mata kerana peluang yang baik hanya datang sekali. Satu lagi ketahui kelemahan diri dan berusaha mengatasinya. Nak jadi hebat perlu motivasi, muhasabah diri dan disiplin yang berterusan.

Ihsan google
Tak kira siapa kita, anak, ibu/bapa, suami/isteri, sahabat, pemimpin jadilah seorang yang hebat duniawi ukhrawi dan manafaat kehebatan untuk orang lain. Jangan jadi seperti pokok yang tidak berbuah.

Dalam mengejar kehebatan dunia jangan lupa diri kita adalah hamba, maka jadilah hamba yang hebat pada Pencipta.




2 comments:

CIK TOM said...

cntk la header baru sudais...sudais...slmt tahun baru ye..

Cik SHiNJU said...

Salam...

Wah...semangat baca n3 ni..
Saya pun nak hebat..!!