Dec 22, 2010

Takut Kena Cucuk


Cerita tentang jiran yang takut kehospital untuk rawatan dengan alasan takut kena cucuk dan kena potong kaki. Tragis critanya.

Bermula dengan ketumbuhan bisul diatas kaki sehingga merebak kebawah kaki tapi masih takut untuk kehospital,hanya beli ubat di farmasi shj.Tak nmpak sembuh dengan ubat farmasi dia keklinik dan doktor telah mengesahkan dia ada diebetes. Memandangkan luka agak teruk doktor menyaran supaya kesnya dirujuk kehospital.

Kerana terlalu takut dia cuba mencari perubatan tradisional. Pengamal tu dtg kerumah mencuci dan balut shj tempat luka tersebut setiap hari slama lebih kurang 3 bulan.

Kecederaan makin teruk, jiran2 yg dtg melawat memujuk kehospital akhir dia bersetuju dalam terpaksa. Doktor membuat keputusan untuk memotong kakinya yang semakin memburuk. Disebabkan terlalu takut dia tidak bersetuju dan meminta discharge shj.

Balik kerumah diulangi lagi perubatan tradisional yang sebelum itu.
Bulan keempat keadaan semakin lemah dengan bantuan ambulan, dia dibawa kehospital lagi, disana dia ditempatkan ke unit rawatan rapi selama 3 hari.

Hari keempat ajalnya sudah sampai. Al fatihah. 
Mungkin suratan perjalanannya begitu..

Pengajaran kepada kita berusahalah selagi ada peluang sebelum menyerah.

Bairlah takut bertempat


No comments: