Dec 21, 2010

Tanda-tanda Terkena Santau

Santau adalah suatu perbuatan jahat lagi terkutuk yang dilarang oleh agama tapi itu  yang selalu diamalkan oleh orang yang berniat membalas dendam atau hasad dengki dengan kelebihan orang lain.

Tertulisnya entry ini setelah membaca kisah beberapa orang anggota polis yang terkena 'santau katak puru' diblog garuda. Untuk mengetahui kisah lanjut sila kesana.

Cerita tentang santau, bahaya dan penawarnya melalui perubatan Islam terdapat dalam buku 'Perubatan Islam Menangkis Kebejatan Makhluk Halus' karangan Ustaz Sarkhan (promote sikit).

Pada yang belum memiliki lagi buku ini, 
kongsi disini sedikit tentang tanda2 seseorang itu terkena santau agar kita berhati-hati dan bertindak awal.

Santau terbahagi 2
1. Santau yang tidak melibatkan jin dan syaitan(mudah diubati)
2. Santau dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan iaitu 'santau angin'.

Tanda2 terkena santau
  1. Batuk berlarutan, kadang-kadang berdarah dan bernanah dan keluar debu2 kecil
  2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga 1-3 bulan
  3. Sakit tulang belakang terutama pada waktu maghrib dan malam Jumaat.
  4. Sakit dan sesak nafas terutma pada waktu maghrib
  5. Lenguh seluruh anggota badan
  6. Kuku menjadi hitam
  7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
  8. Mimpi bahan miang seperti miang buluh
  9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu
  10. Mimpi kanak2 kecil seperti mimpi menyusu kanak2 tersebut
  11. Mimpi ular
  12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi
  13. Mimpi padri kristian, sami buddha atau mimpi pergi ketempat ibadat mereka


Antara doa yang diajar bagi mengelak dari terkena santau, 
mudah2an dijauhkan dari bala santau.





dan banyak lagi doa2 untuk diamalkan yang terdapat dalam buku tersebut.








No comments: