Jan 9, 2011

Bahagia Yang DiCari

Bahagia adalah berbeda-beda pada pandangan dan tafsiran individu sesuai dengan fitrah manusia. Alangkah mudah jika manusia itu dilahirkan sama. Kenyataan yang perlu dihadapi sebenarnya manusia itu berbeda-beda dari segenap persepsi.

Semua orang gigih berusaha berlumba mencari bahagia. Adakah yang menolak bahagia?, jika ada mungkin kurang sihat mentalnya. 

Lihat>>>bagi yang sakit, anugerah nikmat 'afiat itulah yang paling bahagia baginya. Bagi yang sihat pula kebahagian bukan pada kesihatan, tapi ukuran harta, kuasa, rupa, nama, pangkat yang dimiliki. Pada yang miskin tidak menumpang ditanah orang lain dan mampu milik rumah sendiri itulah kebahagian.

Jangan kita beranggapan bahawa ujian dalam kehidupan itu punca hilang bahagia kerana selalu kita dengar kata-kata harta benda anak isteri/suami itu adalah ujian. Inilah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan.



ihsan google

Secara mudah kebahagian itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras dengan pesanan ustaz melalui ayat Quran " Ketahulah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang". Tenang beerti bahagia.

Sabda Rasullulah (Bukhari Al Muslim): 
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati". Kaya hati bermaksud hati yang tenang dan lapang, merasa bersyukur dengan kurniaan serta sabar dengan kekurangan.

Bahagia menurut pandangan AlQuran dan Sunnah 
(sumber solusi)


Beriman dan beramal soleh
Banyak mengingati Allah (berdoa)
Tawakkal kepada Allah
Sentiasa mencari peluang berbuat baik
Tidak panjang angan2 dan tidak meratapi masa silam
Melihat kelebihan bukan kekurangan diri
Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia

Berapa ramai jutawan yang tidak bahagia......salah seorang andai kebahagiaan dapat dibeli

Apa pandangan anda








 

No comments: