Jan 10, 2011

Rosak Persahabatan Kerana Business

Aku kagum dengan semangat kawan2 terutama suri rumah yang ingin mencari pendapatan sampingan membantu suami/keluarga kerana keperluan yang semakin mendesak dengan kenaikan harga barang yang semakin rancak. Apa pun pekerjaan asalkan ikhlas adalah ibadah.

Rasanya kawan2 akan menyokong demi membantu kawan2 yg memerlukan, jika kena cara dan etikanya. Mungkin niat berniaga itu betul kerana Allah namun kadang2 pelaksanaannya adakala sedikit songsang dan tidak menepati kehendak.

Contohnya dalam perniagaan ada pujuk rayu yang memaksa orang lain membelinya. Kalau tidak mengikut mulalah ada ayat2 yang kurang senang didengar dan ada juga yang menimbulkan sakit hati. 
Kadang2 orang berniaga tidak segan silu dengan mengambil kesempatan ketika orang lain mengadakan majlis kesyukuran umpamanya, dengan mengedar katalog sambil mempromosi barangan. 

Adakala sanggup menipu fakta dengan menambah apa yang tiada. Cara lain memancing pembeli dengan mengajak ke majlis jualan dengan mengatakan ada majlis harijadi atau parjumpaan suaikenal. 
Ayat2 begini sungguh jijik dan sangat tidak bermaruah dalam menjana pendapatan.

ihsan google
Sepatutnya pelajarilah teknik yang betul sebelum menceburi diri dalam perniagaan terutama jualan langsung. Jagalah maruah diri dan pasangan, jangan ter'over' mempromosi barangan dengan salah etika. 

Niat yang murni pada awalnya sudah lagi tidak menjadi ibadah.


Bagaimana pandangan anda?



No comments: