Jan 23, 2011

Besarnya Jasa Itik


Ini kisah benar yang aku nak share kat sini, kalau suka layan la....kisah pakcik aku yang saaaangat sayang pada itik...

Pakcik belanja makan - Suatu hari kami singgah makan kat gerai/Restoran Itik Bersila, famous juga restoran ni, orang KL pun tau(aku pernah buat n3 ni). 
Restoran ni terletak di Jalan Guar - Yan iaitu di Titi Serong. Restoran terletak  di tepi jalan, sesiapa yang lalu disini boleh singgah....promote sikit...hehe memang sedap..


Tempatnya special sebab customer boleh pilih makan secara bersila (ala jepun). Memang unik..jarang jumpa kt tmpt lain di Kedah.

Service memang tiptop sekejap ja oder makanan telah sampai semuanya bercirikan itik, itik masak merah, rendang itik, itik goreng halia dan ulam ulaman serta sambal. Ada makanan yang aku x minta iaitu kari ikan. Rupanya pakcik aku yang oder.

'Awat x makan itik ka?' aku yang x faham sbb dia yang beriya2 ajak makan makanan resepi itik tapi dia hanya makan ikan..Pakcik  aku hanya senyum x bagi jawapan pun. Aku suspen x sabaq nak tau cerita.

Rupanya ada kisah disebaliknya.
Otw balik barulah dia buka cerita, tragis ceritanya..


nak tau? turun bawah>
>
>
>
>?
?
?
??
?
?
haha...tengok itik dulu...cool....



gambar dr google
?
?

?
?
?
?
?
?
?
?
?
??
?
?



Semasa dalam perkhidmatan tentera dulu, pakcik aku terlibat dengan bermacam2 latihan termasuklah menyeberangi sungai untuk satu tugasan.. Dipendekkan cerita, dalam sungai yg tenang tidak disangka ada sang buaya dan hanya beberapa meter dari pakcikku ada sekumpulan itik berenang.

Memang diketahui umum sungai itu berpenghuni makhluk pemangsa. Tapi apakan daya, kerna tugas mereka terpaksa harungi. Hanya doa diiringi agar tidak muncul sang buaya pada saat itu. Lantaran itu,pakcik aku pun berenang melintasi itik untuk keseberang. 

Huh..ngeri dan seram...
Pada waktu itu ada sang buaya tengah fokus pada kumpulan itik.
Tak berapa lama dan beberapa meter di belakang pakcikku terdengar satu terkaman dan libasan yang sangat kuat dan apabila ditoleh sebahagian itik telah hilang dan yang tinggal berkeliaran. 

Pakcikku bagai direnggut jantungnya..Dia sedar kalau bukan itik yang berada disitu sudah tentu dia menjadi mangsa. Inilah yg dikatakan pantang maut sebelum ajal.....

Dia sangat bersyukur kerana ALLAH telah menghantar sekumpulan itik menjadi penyelamatnya..


Sebab itulah sehingga hari ini, dia tak sanggup makan hidangan berlauk itik. Ngeri cerita pakcikku. Bergenang juga airmatanya tatkala menceritakan pengalaman ngeri tersebut.











No comments: