Jan 20, 2011

DiTelan Mati Emak DiLuah Mati Bapak

Pernahkah anda berada disituasi seperti ini 'ditelan mati emak diluah mati bapak'. Huh...bunyinya begitu tidak selesa malah sangat meruncing...

Ceritanya:
Seorang lelaki yang pendiam mungkin x pernah bercinta (pada pandangan keluarga, sebenarnya dah banyak kali putus cinta, patah tumbuh hilang berganti tapi belum jumpa yang serasi) Parent ingat dia x pandai ngorat pompuan, memandangkan usia mencecah 30an jadi mereka tolong carikan. 
Kedua belah pihak telah bersetuju.

Bila diberitahu alangkah terkejutnya silelaki itu dengan percaturan keluarga....
dia bingung separuh pengsan (tak tau ayat apa yang lebih sesuai)....nak ikut atau tidak..
kalau ditolak kesiankan ibu bapak..
kalau diterima hati x cinta....

pada zaman dulu, kalau urusan kahwin semuanya keluarga yang uruskan, tapi pada zaman sekarang boleh dikatakan sebahagian besar calon/pasangan adalah pilihan sendiri, 
Mungkin terganggu dengan ayat ini bahagiakah hidup bersama dengan insan yang x pernah dikenali apalagi mencintai.....atau pun kahwin dulu baru bercinta, biasanya bercinta sebelum kawin....
Banyak sudah kita lihat dan baca berita retaknya hubungan wpun pernah bertahun memadu cinta. Tak kurang juga yang bahagia wpun x bercinta sebelum kawin....

Realiti hari ini bahagia atau kecewa terpulang pada pasangan itu sendiri yang berusaha menjaga, membina sebuah kehidupan.

pic google



Apa pandangan anda....








1 comment:

biskut said...

soal hati nih payah sikit...

kadang meminta ortu carikan tapi bila dah bersua hati tetiba reject la plak...soal pilihan memang kena bagi pada diri sendiri.

bercinta tak semestinya hingga ke jinjang pelamin...setiap percintaan tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan...argh...pening sama nih.haha