Jan 18, 2011

Otak Mau Sihat

Secara tidak sedar kita sering mengamalkan perkara2 yang boleh membawa kapda kerosakkan otak. Kadang2 disebabkan kelalaian atau kurang peka.

Antaranya:
Tidak Bersarapan
Sering kita mengabaikan sarapan, kadang-kadang karena kesibukan atau mengejar waktu. Sebenarnya sarapan sangat baik bagi memelihara ketahanan tubuh, membantu pelajar lebih fokus kepada pelajaran dan penyerapan ilmu. Bagi orang dewasa pula prestasi kerja lebih meningkat. 

Makan Berlebihan
Membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. 

Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

Pengambilan Gula Berlebihan
Gula mempercepat proses penuaan,
melemahkan daya tahan badan melawan penyakit berjangkit,
menyumbang kepada obesiti,
melemahkan daya penglihatan dan byk lagi......

Pencemaran Udara
Boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak, dimana kita tahu otak adalah penguna oksigen terbesar.

Tidur Berlebihan
Tidur dan rehat yang cukup adalah baik untuk kesihatan otak dan badan tapi kalau berlebihan pula boleh mengakibatkan sel-sel otak mati.

Tidur dengan menutup muka 
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen.

Bekerja semasa kurang sihat
Bekerja semasa kurang sihat boleh membawa kepada kerosakan sel-sel otak. 

Kurang imaginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk mengaktifkan otak. Kurangnya berfikir boleh menyebabkan otak menjadi lembap. Jadi, perbincangan yang membina boleh membawa kepada kecerdasan minda.

ihsan google


Kurang makanan berkhasiat
Elakan dari mengambil makanan yang kurang berkhasiat sebaliknya buah2an dan sayuran yang segar adalah yang terbaik.






Mungkin ada lagi tabiat2 yang tidak baik....
Apa pandangan anda 






 

No comments: