Jan 13, 2011

Putus Asa

Mengapa putus asa?

Semua orang pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat kehidupan.


Ada yang gagal mendapat keputusan yang diharapkan, gagal membuktikan kejayaan pada keluarga, gagal dalam cita2, kerjaya ada juga gagal dalam bercinta.....

Jadi apakah tindakan rasional kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut?

Kata pakar motivasi,
"seseorang itu belum gagal selagi dia masih mnecuba, dan akan gagal apabila berhenti mencuba".

Sifat putus asa....jangan sampai membawa kepada tindakan yang diluar batas waras pemikiran seperti memulau diri sendiri, mencari alternatif lain untuk ketenangan dan ada juga ketahap membunuh diri.... 

Putus asa terletak dihati, dan satu perasaan atau tekanan yang boleh dikawal. Lihat dan ambl contoh kisah hero sesebuah filem yang pada awalnya gagal ketahap kritikal ..endingnya dia bangun untuk mencapai misinya...

Jadikan kekentalan jiwa si hero untuk menangani sikap berputus asa dalam hidup....

Atasi putus asa dengan:

Banyak istighfar, bersabar dan muhasabah diri
Berguru dengan orang alim
Berkawan dengan kawan yang baik2
Elak berseorangan
Mengadu pada kaunselor
Jangan putus asa bergantung harap pada Allah kerana Allah itu maha penyanyang lagi mengasihani.
ihsan google

Lihatlah orang yang berjaya pada hari ini ialah orang yang pernah gagal dan putus asa pada suatu masa dahulu. 

Moga kita tidak cepat putus asa
selepas kecewa....
mantapkan diri perkasakan jiwa..
insyaalah berjaya.


No comments: