Feb 3, 2011

Berdoa Semasa Berwuduk

email dari syamsyun@yahoo.com
yang masuk ke inbox..kongsi disini,
terimakasih saudara/i pengirim

Adakala kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita dikenakan membasuh anggota2 badan mengikut urutan.
 
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
dan segala hikmah yang kita perolehi di dalam berwuduk?

Sesungguhnya di dalam wuduk itu ada banyak hajat... 

1. Ketika membasuh dua belah tangan, "Ya Allah, ampunilah dosa tanganku ini".
( Menyentuh benda2 yang terlarang)


2. Ketika berkumur, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
( Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah)

3. Ketika membasuh muka, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
( Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.)

4. Ketika membasuh tangan kanan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
(Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan)

5. Ketika membasuh tangan kiri, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
( Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri)

6. Ketika membasuh kepala, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
( Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala)

7. Ketika membasuh telinga, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
( Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll)

8. Ketika membasuh kaki kanan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
( Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..)

9. Ketika membasuh kaki kiri, "Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
(Qada' dan Qadar kita di tangan Allah)

gmbar original dr pengirim



Panjangkan e-mail ini kepada rakan-rakan yang lain.
permintaan dr pengirim email, (sudah ku tunaikan)









moga kita mendapat manafaat bersama.




1 comment:

Puyi said...

oo... bru tau, thx sharin ye