Mar 11, 2011

Dua Kalimah Yang Berbeza

Syukur Alhamdulillah , hari ini sihat walafiat, pada yang yang kurang sihat jangan malas2 jumpa doktor minta nasihat dan makan ubat. Kalau ambik ubat jangan x makan pula, makanlah ikut aturan dan doa juga supaya cepat sembuh..insyaallah

Berkaitan tajuk n3
Sakit mata dan mata sakit, dua kalimah yang berbeza

Mata sakit lebih kepada melihat apa2 yang tidak menyenangkan atau menjolok mata seperti gelagat muda mudi ditempat riadah atau dishopping compleks yang sungguh superover.. 
Menyalah gunakan kemudahan awam yang disediakan dan sama sekali tidak menepati matlamat perancangan dan pelaksanaan pihak PBT untuk pengindahan bandar dan kawasan untuk rekreasi.

Kalau sakit mata sila jumpa pakar mata dan checkup..mungkin kena pakai spek mata..

Penyakit Hati
Berkaitan dengan kerohanian, sifatnya seperti dengki dengan kelebihan orang lain, riak, sombong dan semua2 sifat mazmumah.
Cara mengobatnya senang saja, pesan ustaz/ustazah ialah banyak membaca Quran dan buku2 yang berkaitan.

Allah melarang kita untuk menjadi sombong:
“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’ 37]

Sakit hati disebabkan perlakuan orang terhadap kita atau berbeza pendapat sehingga menimbulkan perbalahan. Sakit hati disebabkan  pertuduhan yang palsu atau fitnah. Perkara yang kecil boleh dimaafkan, tapi kalau yang besar kena rujuk undang2.

Kalau sakit mata sllulah tengok warna hijau

tenang dan syhadu

Kalau hati sakit cari air, basuh muka, berwudhuk atau mandi kerana sifat air ialah sejuk dan menyejukkan

boleh mandi disini


Apa komen anda

No comments: