Mar 5, 2011

Lihat Alamat

Tanda-tanda sakit yang kita rasakan mungkin petanda awal atau alamat berhubung kait dengan fungsi dalaman badan yang lain. Seharusnya kita peka dan bertindak awal sebelum keadaan menjadi  lebih parah dan jangan sampai terlewat kerana 'mencegah lebih baik dari merawat'. 
mata yang sihat (pic google)

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati). 

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. 
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. 
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja 
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). 

3. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI 
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

4. MULUT DAN LIDAH : (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah).
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

5. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 

6. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

7. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : 
i) Sistem jantung yang lemah. 
ii) Sistem saraf otak yang lemah. 
iii) Masalah pengaliran darah.

dan banyak lagi rujuk disini  unimap.edu.my

No comments: