Mar 26, 2011

Secocok Dan Serasi

Nampak secocok ja pasangan tu. 
Sama padan seperti pinang dibelah dua. 
Itulah antara ungkapan melambangkan pasangan yang secocok. 
Secocok hanyalah pada pandangan mata...tapi pandangan mata ada juga menipu. Minat dan hobi yang sama adakah dikatakan secocok. Contoh kedua2 suka binatang seperti kucing, ikan dan sebagainya. Secocok belum menjamin kebahagiaan.

Secocok tak semestinya  serasi. Untuk menjana keserasian dalam hubungan perlukan pengorbanan. Saling hurmat, saling percaya, saling bermaafan mengaku kesilapan dan sbgnya. Kematangan mengharungi ujian dan membuat keputusan adalah penting. Menerima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya disamping berusaha mempertingkatkan kualiti diri dan prestasi untuk kehidupan yang lebih harmoni..


Motivasi pagi diradio IKIM suatu pagi yang masih aku ingat...
maaf ustaz jika olahan kurang/tidak mantap.




secocok lagi serasi (pic google)





Biar secocok dn serasi
Apa pandangan anda..


 

No comments: