Mar 24, 2011

Antara Bunga Api dan Batu Api

Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama, bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain.(dari wikipedia) 

Pelancaran letupan bunga api sebagai tanda kegembiraan atau kemegahan sesuatu agenda atau mengenang nostalgia peristiwa. Segenap lapisan x kira tua muda teruja dengan percikan warna warni bunga api yang berbagai bentuk dan bunyi. Aku tidak terkecuali.

Bukankah bunga api menghasilkan asap beracun yang membawa kepada  pencemaran alam sekitar?..
Tiada siapa pedulikah perkara ini, mungkin ianya berkaitan dengan agenda atasan, jadi diharuskan...

Berbeza dengan percikan batu api yang boleh mencedera dan membakar.
Lagi satu batu api boleh merosak atau memecahbelahkan sesuatu ikatan dan perhubungan. Sifatnya meresap bagikan arus elektrik.

batu api@fire stone,
ada orang berbeza pendapat
dia sibuk memberi pendapat

ada orang berselisih faham
dia datang menyibuk usul periksa

ada orang bertelagah
dia suka melaga-laga kedua pihak

bahagia apabila ada orang terpengaruh
gembira melihat ada orang berpecah belah
kesalahan hanya dari orang lain
merasa diri dipihak yang benar
 

sampai bila batu api akan sedar yang dia adalah batu api...





Apa komen anda...

 

No comments: