Mar 21, 2011

Yang mana Lebih Kesepian Apabila Ditinggalkan? Lelaki Atau Wanita

Hidup ini dijadikan berpasang-pasangan saling melengkapi satu sama lain. Saling memerlukan untuk sebuah kehidupan yg lebih bermakna, ceria gembira dan bahagia. Semua orang mendambakannya.

Tapi ketentuan dan suratan adalah perjanjian azali. 
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan, X kira lah berpisah pergi x kembali, hilang tanpa pesanan atau sudah tiada jodoh. 

Jika hilang salah seorang dari pasangan siapakah yang lebih kesepian?
Contohnya suami kehilangan isteri. Berapa lama si suami dapat hidup tanpa isteri di sisi kerana umum mengetahui si suami sentiasa memerlukan belaian, makan minum dan lain-lain. Bukan tidak ada suami menduda sampai hari tua selepas kematian isteri, tapi jumlahnya terlalu sikit berbanding isteri menjanda.

Berbeza dengan wanita, apabila suami ditakdirkan pergi meninggalkannya, isteri ini sentiasa tabah dan cekal walaupun terpaksa mengambil masa untuk memulihkan semangatnya.

pic ihsan google
Ada juga wanita yang serik untuk berkahwin kali kedua selepas berpisah dengan suami, mungkin ada sejarah tertentu...

Kesepian wanita terisi dengan gelak tawa gurau senda anak dn cucu.
Kesepian lelaki, hanya dengan mencari pengganti.....batul atau salah?




Apa pandangan anda...


No comments: