Mar 22, 2011

Anakku Doktor dan Photographer

Ibu x pernah jemu melayan kerenah anak2, biarpun kadang2 sibuk kerna banyak kerja yang perlu dibereskan. 
Suatu petang ibu membawa anak2nya bersiar di padang permainan. Sedang asyik bermain tiba2....

Adik : "ibu!!!!! tolong adik jatuh" menangis sambil menjerit
Ibu  : "Ya Allah anakku, kenapa ni adik" sambil mengelap tempat yang luka. Kat mana adik jatuh"..

Ibu  : "Hari ini biar ibu yg jadi doktor merawat adik, selalu kat rumah ibu yang jadi pesakit"..gurau si ibu bila melihat luka anaknya tidak serius...

Adik : "Ibu, besar nnti adik nak jadi doktor , senang nak rawat ibu bila ibu sakit"

Ibu  : "Yalah tapi adik mestilah rajin belajar "

Berbeda dengan abangnya yang berminat melukis..dan bercita2 menjadi photographer bila besar. Ibu selalu membantu dan sentiasa bersedia membantu apabila diminta melukis oleh abang. Satu lukisan keluarga telah berjaya dilukis oleh abang dan ibu tampalkan di dinding.

Abang : "Nanti bila abang dah jadi photographer, abang nak ambik gambar ibu dan adik".....dan gambar kita sekeluarga"...
 >
>
>
>
>
>
>
Masa berlalu....... adik dan abang telah berjaya dengan kerjaya masing2 dan tentulah sibuk dengan tugasan harian. Jarang menjenguk ibu di kampung. Ibu faham dengan permintaan anaknya yang sentisa tiada masa untuknya....

Suatu hari si ibu jatuh sakit dan terpaksa memberitahu anak-anaknya..

Ibu : "Assalamualaikum adik, setelah dicuba beberapa kali
Adik : "Waalaikumussalam ibu"..ibu sihat? Nanti adik call balik ya sebab ada pesakit sedang menunggu. Terus memberi salam dan meletak telefon. 

Ibu terkebil-kebil, belum sempat memberitahu tentang hajatnya....

Akhirnya ibu kempunan untuk menerima rawatan dari anak bergelar doktor... dan x sempat bergambar dengan camera canggih abang..

...hajat ibu tidak kesampaian...

Moral of the story
Bukan wang ringgit dan harta melimpah yang diharapkan oleh ibu tapi sekali sekala belaian dan perhatian cukup menghiburkan. Luangkan masa untuk bercerita, bergurau senda seperti mana ibu sentiasa cukup masa melayan kerenah anak2 semasa kecil...


******renung2kanlah




No comments: