Apr 19, 2011

Ayahnya tidak solat........

Pengajaran dari kisah benar ...
 
Solat Tiang Agama17
ihsan google
Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis.
Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah s.a.w.
"Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan.


Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah s.a.w.
Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah s.w.t. sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia.
Solat Tiang Agama9
solat dimana-mana 
(gambar google)
Kemudian Rasulullah s.a.w. menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi
babi hutan.


Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w.
menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.


"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu.


Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."


“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya,” (Surah Al-Mu’minuun: ayat 1-2)




Bersama-samalah kita terus menunaikan solat dengan khusyu’ sebelum tiba masanya kita disolatkan!!





2 comments:

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)