May 25, 2011

Mungkir

Lidah manusia memang suka membuat janji, tetapi kadang tidak menepati janji yang dibuat. Maka dengan itu jadilah mungkiri janji.

Selalu kita mendengar tentang ungkapan ‘janji Melayu’. Ungkapan negatif iaitu merujuk kepada janji yang tidak ditepati. Janji pukul 8 tapi 8.30 belum sampai lagi, "alah janji melayu sllu macam tu".

Mengapakah terciptanya janji melayu?
Benarkah masyarakat Melayu tidak suka menepati janji? 
Sampai bilakah ungkapan ini sinonim dengan Melayu atau Melayu mudah lupa (ayat che det)

Ada peribahasa mengatakan `bagai menanam tebu di tepi bibir’ yang bermaksud suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya.

Bagaimana pula janji pada diri sendiri? hanya sendiri yg tahu. 
Adakah juga dikatakan mungkiri janji pada diri sendiri? Ada pa hal kalau mungkir pun..kan ..sendiri yg tanggung.....

Kalau mungkiri sesama manusia akan di'cop mohor' sebagai pembohong atau penipu.

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: 

“Di antara tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu jika bercakap ia berbohong. Apabila berjanji ia mengingkari janji itu, dan sekiranya diberikan amanah ia mengkhianatinya".

Minta dijauhkan dari sifat-sifat munafiqin.

Apa pandangan anda...

No comments: