May 27, 2011

Linangan Air Mata Kesyukuran Abu Darda

Kita (terutamanya aku) sebagai insan biasa tentu cepat gelabah apabila menerima berita sedih atau buruk...
Jantung semestinya berdegup laju... lebih dari 100....
berpeluh dingin....kaki tangan sejuk....
mungkin ini kelemahan azali....

satu kelebihan kalau ada yang cool, tidak cepat melatah, tenang, relax, ...subhanllah hebat org macam ni...

kalau dapat berita disambut dengan 'innalilla hiwainna ilai hirajiun'...(buka mati saja)

nak kongsi kisah sahabat nabi iaitu 'Linangan Air Mata Kesyukuran Abu Darda' di pagi Jumaat yg mulia.

Abu Darda terkenal dengan seorang yang sangat takwa kepada ALLAH SWT.  Sangat berendah hati dan zuhud terhadap  kemewahan dunia (kebanyakan kehidupan sahabat2 zaman Rasullullah).

Pada suatu hari diriwayatkan Abu Darda mendapat berita kampung halamannya telah terbakar, termasuk rumahnya. Bagaimanapun Abu Darda yg teguh imannya tidak terkejut mendengar berita itu malah dia kelihatan tenang menerimanya.

beliau tidak tergesa2 untuk pulang melawat rumahnya yg hangus sebaliknya menyelesaikan dahulu semua kerjanya.

Dalam perjalanan pulang itu Abu Darda hanya bertawakkal shj kepada ALLAH kerana dia berkuasa atas sesuatu (tawakkalnya yang hebat).

Sebaik shj dia sampai di kampungnya dia mendapati kesemua rumah jirannya hangus terbakar.

Atas kebesaran dan kehendak ALLAH  yg Maha Berkuasa hanya rumah Abu Darda tidak langsung terjejas dimakan oleh api. Dengan linangan ir mata Abu Darda menadahkan tangan kehadrat Ilahi memanjat kesyukuran.

dr buku 'Himpunan Kisah2 Menyayat hati'.

 

No comments: