May 14, 2011

Selamat Pagi Cikgu

Selamat Hari Guru

Setiap tahun pada tanggal 16 Mei, kita akan menyambut hari bersejarah ini. Cikgu yang telah menabur jasa membimbing anak bangsa sehingga berjaya, kaya dan ada juga yang bergelar jutawan..hebatnya profesion guru...

Teringat guru2 ku tentu ada yang sudah pergi buat selamanya, pada yg telah tiada didoakan agar di rahmati rohnya dan ditempatkan bersama para solihin.


Tanpa anda, 
siapalah kami, 
siapalah perdana menteri yang berkuasa pada hari ini,
siapa peguam yang bijaksana berhujah, 
siapalah doktor yang hebat,
siapa arkitek dan Ir. yang berbakat,
siapalah bisnesman yang kaya dan berjaya… seperti Dr. Azizan Osman....

ya siapa pun kita, orang yang pertama mendidik selepas ibu bapa ialah guru.

Semoga Allah membalas dengan kebaikan dari ilmu-ilmu yang telah cikgu berikan.


cikgu ku garang


Kepada semua guru-guru atau pendidik selamat hari guru, selamat berbakti, selamat meneruskan perjuangan yang mulia bertepatan dengan tema hari guru tahun ini 
'Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara'.




19 comments:

ASSOYFINGER67 said...

Harap guru mempunyai semangat juang yang kental,keikhlasan dari aspek ketuhanan yang tinggi dan bercita2 agar anak2 bangsa terus hidup dalam akhlak yang tinggi dan bukan hanya tertumpu pada keputusan akedemik sahaja.Agar guru pulang setelah anak2 muridnya pulang dari sekolah dan bukan guru yang pulang dulu...guru..aku tak menyangkal guru2 sekarang tak setanding guru2ku dulu..wallahualam...!

ghost writer said...

selamat hari guru jugak.

meskipun sudah bertahun tak pernah jumpa cikgu lama tapi ucap jer sebagai tanda penghargaan.

Insan Marhaen said...

guru IM yang paling baik ialah pengalaman hidup!

deAnza-wAnda said...

slamat hari guru!! yay!!

kakpah said...

ya, siapalah kita.
jasa guru-guru akan dikenang sehingga bila-bila.

selamat hari guru pada insan yang bergelar guru.

ibuintan said...

Selamat pagi....

selamat hari guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia

S..U..D..@..I..S said...

@ASSOYFINGER67 - moga guru2 sekarang kan mengikut contoh guru2 dahulu yang tunjukajar sungguh meresap dan baktinya sentiasa dikenang...aku ingat lagi rotan itu.....

S..U..D..@..I..S said...

@ghost writer - guru sentiasa dalam kenangan..selamt hari guru...

S..U..D..@..I..S said...

@Insan Marhaen - ya sama juga IM...ingan pesan guru sayangi diri sendiri sebelum sayangi org lain....

S..U..D..@..I..S said...

@deAnza-wAnda - cita2 dulu nak jadi cikgu jugak........wlau dimana sj berada selamt hari guru pada semua2 guru

S..U..D..@..I..S said...

@kakpah- sbb guru lah kita disini...guru ibarat matahari, cahaya menerangi seluruh alam..

S..U..D..@..I..S said...

@ibuintan - khas buat ibu intan selamt hari guru - selamt berbakti

toyolkiut said...

slalunya cikgu yg tegas tu la paling kita ingat..
selalu kecut perut, ia lalu dpn kelas pun dh takut..
kini bila d kenang2 tersengih sendirian je, kan?

selamat hari guru..
jasa cikgu sentiasa d hati..

S..U..D..@..I..S said...

@toyolkiut - betul memang cikgu garang sllu dingati...

Kalamhati said...

takutnya tengok rotan tu..hehe

cikgu2 skang dh takleh pegang rotan dah..nnt naik court..hehehe

S..U..D..@..I..S said...

apa salahnya guna rotan sekali sekala untuk mengajar bukan untuk mendera....tp kena kecik sikit rotan tuu.......

Melur Jelita said...

Selamat hari Guru

terimaksih sudais post entry ni..sayu teringat guru2 ku semua

Sham said...

kata2 usman awang:guru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi...

dyea irdina said...

menjadi guru zaman sekarang banyak dugaaan...berbeza ngan guru zaman dulu...good luck for cikgu cikgi..slmat mendidik anak bangsa