Jun 25, 2011

Botak Kepala Wanita?

ALOR SETAR: Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri menjalani latihan di kem itu, 2 Mei lalu.

Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, berkata dia amat terkejut dengan tindakan membotakkan rambut pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu.

“Peraturan dalam surat yang diterima saya hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan.

“Saya terkejut melihat pelatih wanita dibotakkan seperti pelatih lelaki dalam sebuah bilik gunting rambut dan saya terus lari mengadu kepada kakak saya, Hazliza, yang berada di tempat pelawat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Hizyati berkata bahawa pada mulanya dia dan pelatih lain enggan berbuat demikian tetapi memandangkan ingin mendapatkan pekerjaan dan faktor umur yang semakin meningkat, beliau terpaksa berbuat demikian.
 
Berita penuh disini
Sumber Harian Metro

Berita yang menyeramkan, bolehkah kepala wanita diperlakukan begitu?
huhh macam zalim ja.....

Apa pandangan anda?

No comments: