Jun 24, 2011

Kisah Menyayat Hati (4)

Di Riwayatkan pada suatu hari Rasullullah SAW sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang seorang pemuda masuk ke dalam masjid sambil menangis.

Rasullulah bertanya 'wahai orang muda kenapa kamu menangis"

Jawab pemuda "Ya Rasullullah ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada pula orang yg akan memandikannya."

Lalu Rasullullah memerintahkan Abu Bakar ra dan Umar ra ikut pemuda melihat masalahnya. Setelah sampai kedua2 sahabat mendapati ayah pemuda itu bertukar menjadi babi hutan yang hitam, maka mereka pun kembali memberitahu Rasullullah.

Rasulullah bersama sahabat kerumah pemuda itu dan baginda berdoa kepada Allah SWT, kemudian mayat bertukar menjadi seperti manusia semula, dan Rasulullah bersama sahabat menyempurnakan jenazah tersebut.

Sewaktu mengebumikan sekali lagi mayat bertukar menjadi seperti sebelumnya.

Maka Rasullullah bertanya kepada pemuda "apakah yg telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu"


Jawab pemuda itu "Ayahku tidak mahu mengerjakan solat".


Kemudian Rasullah bersabda , "Wahai sahabatku lihatlah keadaan orang yg meninggalkan solat. Di Hari kiamat nnt akan dibangkitkan oleh Allah SWT seperti babi hutan yang hitam."

sumber: Dari buku Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati




sumber: poster dr kedai buku


Semoga diberi hidayah oleh Allah
agar kita dan keturunan kita menjadi insan yang memberatkan solat.


 

No comments: