Jun 1, 2011

Retak dan Belah

Dua tiga hari kebelakangan ni banyak cerita, berita dan bicara tentang perceraian. Tentu banyak sbb musabab ikatan yang dimetrai akhirnya terlerai. Sapa yang menjadi mangsa kalau bukan kanak2 yang tidak berdosa malah tak tahu apa2 tentang akibatnya. 

Dalam berita harian 2 hari lepas, berita betajuk 'Perceraian selesai banyak masalah wanita'

Betulkah banyak selesai masalah wanita atau membebankan lagi wanita yang ditinggalkan....dengan penjagaan anak2 serta keperluan yang semakin meningkat. Pada wanita yang sepenuh masa menjadi suri rumah keadaan menjadi rumit memikirkan punca pencarian sebelum boleh berdikari...

“Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang. 

Memuji undang2 atau memikir pemasalahan wanita yang ditinggalkan?

Di radio IKIM juga perbincangan berkaitan perceraian dengan tajuk 'benarkah lelaki menjadi punca perceraian'. 

Ada pro dan kontra. Seorang pemanggil lelaki tidak setuju dengan tajuk kerana katanya lelaki mempunyai akal sembilan dengan nafsu 1 tak mungkin menjadi sbb perceraian.

Adakah yang mempunyai nafsu 9 dan akal 1 menjadi punca?

Tajuk lain berkisar tentang perceraian juga pernah dibincangkan disaluran yang sama iaitu 'kanak2 menjadi mangsa akibat perceraian'.

Membaca berita di atas, perceraian di Malaysia semakin meruncing walaupun berbagai pihak mengadakan program kursus persediaan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Sepatutnya peratusan perceraian kian menurun selepas melengkapkan diri dengan ilmu2 berkaitan kehidupan berkeluarga.

Kerukunan rumah tangga bergantung kepada ketua keluarga yang mengemudikan bahtera dengan anak2 buah yang memberi sokongan.


Apa pandangan anda..



No comments: