May 30, 2011

Otak Mau Sihat

Hebatnya anugerah otak kepada kita. Otak manusia dikatakan berupaya menyimpan 5 kali ganda maklumat berbanding encyclopedia. Subhanallah..
Jadi penjaggaannya juga kenalah hebat selaras dengan fungsinya. 

10 perkara punca kemerosotan otak:


1. Tidak Sarapan

pic dr dianaharif.blogspot.com
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrien pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak

3. Merokok 
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Pengambilan Gula Berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien.  Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
Kesan pengambilan gula berlebihan boleh rujuk di http://syafrizal.net

5. Pencemaran Udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih Tidur

Tidur adalah istirehat yang baik untuk otak tapi kalau terlebih tidur boleh mengakibatkan sel-sel otak mati.
7. Menutup Muka Semasa Tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Bekerja Ketika Tidak Sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang Berimaginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Kurang Berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan minda.

Boleh diamalkan, x boleh semua jgn tinggal semua


Tips dari email yang tersimpan di draf -  pengirim x dapat dikesan, jadi x boleh nak kredit, sori sifu, dan pemberi email juga.
 

No comments: