Jul 29, 2011

Patuh

Sebagai anak kepatuhan kepada ibu bapa adalah yang utama kerana ibu bapalah yang bertanggungjawab membesarkan kita sehingga dapat melihat dunia dan sebagai murid semestinya patuh kepada guru iaitu insan kedua yang mendidik selepas ibu bapa.

Cara menunjukkan kecintaan kita terhadap Rasullullah SAW ialah dengan mengikut segala ajaran dan sunnah yang dibawa. Sebagai hamba pula mestilah patuh yang tidak berbelah bagi pada syariat untuk kesejahteraan dunia dan akhirat

Pernah baca disuatu laman soal jawab bersama ustaz,

Soalan:
Siapakah orang pertama siisteri perlu patuh , suami atau ibu bapa?

Jawapan :

Bagi seorang wanita yang telah berkahwin, suami dan ibu-bapa adalah dua insan paling utama dalam hidupnya. Kedua-dua mereka wajib ditaati, dihormati dan dijaga hubungan dan pertalian dengan mereka.

Namun apabila berlaku pertembungan antara arahan suami dan arahan ibu-bapa (atau keluarga), ketaatan kepada suami adalah lebih utama dari ketaatan kepada dua ibu-bapa.

Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan;

Aisyah bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?".

Jawab Rasulullah; "Suaminya".

Aisyah bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?".

Jawab Rasulullahi; "Ibunya".

Walau bagaimanapun, hendaklah arahan suami bukan dalam bentuk yang memudaratkan ibu-bapa si isteri.

Alkisah kepatuhan seorang murid kepada tuan guru di zaman dulu,
Murid zaman dulu terkenal dengan kepatuhan kepada guru tanpa berbelah bagi.

"Pergi kekedai dan belikan terung dan campakkan ketingkap dapur rumahku, nnt isteriku masakkan makanan untuk kita" pinta guru kepada anak muridnya.
Anak murid segera menunaikan suruhan.

sumber image: saramsa.wordpress.com
Hari kedua
"Pergi kekedai belikan ikan kering dan campak ketempat biasa
Murid yang taat segera menunaikan suruhan.


Hari ketiga
"Hari ini kita makan gulai telur, kamu pergi kekedai dan belikan 10 biji telur"
Tanpa berlengah arahan segera dituruti dan sesampai dirumah tuan guru, tanpa berfikir panjang...........
apa yang terjadi..!!!!!!!!

Kepatuhan tanpa berfikir akan menghilangkan rasional akal sedangkan rasional akal memerlukan ketajaman fikiran dan  pemikiran yang tajam itu kesucian hati.

Apa pendapat anda.

No comments: