Jul 31, 2011

Makanan Sesuai Di Bulan Puasa

Selamat menyambut Ramadhan Almubarak
Semoga kita diberi kesihatan rohani dan jasmani yang baik untuk menjalani ibadah dibulan yang mulia. 


Makanan apakah yg sesuai ?

Sepatutnya makan ikut kesihatan seperti biasa @ seimbang. Di bulan puasa kita makan hanya 2 kali sahaja iaitu sahur dan berbuka manakala hari biasa paling kurang 3 kali tapi biasanya lebih sehingga 5-6 kali sehari.

Bolehkah berjimat di bulan puasa? 
Pada dasarnya memang boleh tapi realitinya belanja berganda kerana mengikut selera bermaharajalela. Bila berada di pasar Ramadhan semuanya nmpak sedap kalau x kontrol. Pada hal balik rumah kadang ada makanan yg  x disentuh.

Kalau kurang makan tentulah kurang pengambilan gula, garam dan lemak. Adakah begitu atau pengambilan berganda dek kerana pandangan mata dan nafsu yang sentiasa terbuka dan meminta.   Ikan/ayam percik, nasi tomato/briani/arab. Kuih muih pula beranika jenis mencabar selera.

Macamana nak elak semua itu?
Hadkan kunjungan ke pasar Ramadan pada yg x dapat kawal selera (peringatan untuk diri sendiri)
Ingat kesihatan lebih utama pada yang dah ada tanda2 penyakit. (sendiri mau ingat)
Ingat sllu penyakit kalau dh dtg susah nak hilang dan "prevention is better than cure". (sllu doktor pesan)

Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;
  • Kurangkan penggunaan lemak terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi. 
  • Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber).
  • Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buaha-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa.  
  • Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa.
  • Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan.

    catzscafe1.blogspot.com
Semoga dalam bulan Ramadhan ini, kita adalah di antara individu yang bijak memilih makanan yang sihat di samping berjimat-cermat dalam memilih makanan yang sesuai.



food-4-thot.blogspot.com


Apa kata anda.....
bagaimana dengan ikan masin dan pekasam diwaktu sahur yang tiupan aromanya boleh membangunkan orang sedang tidur........


No comments: