Aug 27, 2011

Hidupkan Malam Raya

Ramadhan sudah dipenghujung waktu, Syawal akan menjelang. Dalam keseronokan menyambut kedatangan Syawal moga kita tak lupa bahawa sambutan Aidilfitri juga adalah ibadat. 

Justeru, beberapa amalan sunat perlu diutamakan di sebalik kesibukan menukar langsir baru atau memenuhkan meja makan dengan pelbagai juadah.

Hadith Rasullullah Yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud,

"Barangsiapa yang menghidupkan malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari raya Qurban sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir "

Galakan bertakbir disebut secara jelas menerusi firman Allah yang bermaksud,
"Hendaklah kamu mencukupi bilangan puasa dan bertakbirlah (mengagungkan dan membesarkan) Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, semoga kamu bersyukur". (al-Baqarah: 185).

Ziarah menziarah sanak saudara, sahabat handai  sambil bermaafan adalah amalan mulia yang sllu kita amalkan, satu lagi kita digalakkan bersederhana dalm bab2 makan minum dan yang penting kesihatan nak jaga juga maklumlah hidangan hari raya melimpah dengan makanan perangkap.
ketupat rendang yang menggiurkan....


Semoga ceria hari raya anda.....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

No comments: