Sep 2, 2011

Selamat Tinggal Ramadhan

Ramadhan dah berlalu, rasa sekejap ja kita berpuasa walhal sebulan juga bilangannya. Kini Syawal, masih ada lagi bonus untuk kita kumpul iaitu puasa 6 hari dibulan Syawal yg besar fadhilatnya.

Dari Imam al-Tabrani berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya,

“sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.
 
Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan.

Baca cerita lanjut di blog enciknakal.com

Selamat berpuasa enam

No comments: