Aug 5, 2011

Warga tua terberak tunggu wang kebajikan

Laporan dari 

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa keadaan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang adalah sebegitu kelam kabut dan sesak pada setiap minggu pertama setiap bulan.

Ini kerana menurut presidennya SM Mohamed Idris, beliau dimaklumkan sepanjang tempoh itu golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka.

bantu mereka
Sayu dan terharu dengan berita ini, golongan ini menghadapi seribu kepayahan demi mendapat sedikit ihsan dari Jab. Kebajikan  Masyarakat untuk menampung perbelanjaan harian.

Mungkin lama menunggu atau kesihatan kurang baik atau perkhidmatan agensi yang diamanahkan kurang cekap.

Cerita penuh di Malaysiakini

Tiadakah slogan atau apa cara usaha supaya warga tua/OKU/ibu tunggal didahulukan.

dimana anak2 untuk membantu mengambil habuan ihsan
duduk jauh?
sibuk bekerja?
urusan keluarga?

Apa komen anda......


No comments: