Jan 21, 2012

Tahun Baru Cina 2012

Hari Sabtu makan ketam
Ketam dimakan berulang-ulang
Bakar mercun di tengah malam
Untuk menghalau puaka dan nasib malang


Hari Ahad makn capati
Cicah sama kuah kari
Jualan murah disana sini 
Buah limau simbol prosperiti


Hari Ahad makan kenduri
Ada daging ada ikan talang
jamuan utama tetap dinanti
yee sang dan kuih bakul kepala hidang


Hari Isnin dirumah saja
Tengok tv bersama keluarga
golongan tua dan muda
sampul merah ang pau jangan dilupa


Hari Selasa makan udang
Udang dimask 3 rasa
kereta berhias juga gendang
bermula tarian naga dan singa

Hari Rabu makan ikan
Makan bersama sayur kailan
Dua minggu beraya sakan
Chap Goh Mei penamat perayaan 





Petang ni makan besar
Malam pula berdentum dentam bunyi mercun.....


sumber:-mindcontrolblogspot.

No comments: