Jan 20, 2012

Istighfar

Salam Jumaat


Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa, malah hari2 kita melakukan dosa secara sedar ataupun tidak. Istighfar sebagai penebus. Nak istighfar pun kadang2 terlupa. Jadi cara mudah untuk beristighfar 100x sehari.

Satu waktu istighfar sebanyak 20x dengan 10x sebelum solat dan 10x selepas solat
Insyaallah 1 hari dapat 100x.


Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”


Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya 
harap ada manafaat bersama



No comments: