Apr 25, 2012

Musibah sebagai ujian kesabaran

Musibah adalah perkara buruk yang menimpa kita. Ia datang dalam berbagai bentuk seperti bencana alam, seperti tsunami baru2 ini di sumatera, kerugian kehilangan, kematian dan juga penyakit Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah.

Musibah sebagai ujian. Semestinya kita kena redho dengan ketetapan disamping menerima dengan lapang dada serta berdoa dan tidak berputus asa.

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud
“Sesungguhnya seorang yang beriman ketika ditimpa musibah sakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang dia lakukan sebelumnya, sekali gus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa:
Maksudnya :
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku).”

Islam memberi pedoman menghadapinya
  1. Hendaklah selalu memperhatikan Al-Quran dan As-Sunnah.
  2. Selalu melihat dengan mata hati.
  3. Selalu memohon kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya.
  4. Selalu mengingati musibah dan mengulangi ucapan Istirja’(kembali segala urusan kepada Allah SWT.)
  5. Hendaklah selalu membezakan dua jenis kenikmatan iaitu di dunia yang sementara dan di akhirat yang kekalabadi.
  6. Hendaklah selalu menguatkan keyakinan diri.
  7. Hendaklah menyedari bahawa dunia adalah tempat ujian.
  8. Mohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan.
  9. Menyedari hikmah musibah.
  10. Sentiasa mengubati diri dengan ajaran agama.
  11. Selalu berzikir kepada Allah.
  12. Menyedari bahawa keluh-kesah akan menambah musibah.
  13. Menyedari bahawa Allah tidak mengecewakan HambaNya.
  14. Mencontohi orang-orang yang bergembira pada waktu menerima musibah.
Sumber pedoman disni

Betapa kuat hebatnya orang yang tenang menghadapi musibah.

6 comments:

Dinar said...

Mohon berlindung dengan Maha Penyanyang agar kita tidak diuji dengan dugaan di luar kemampuan.

Nens Collection said...

THANKS KOMEN NENS NYER N3..
SEMOGA KITE SENTIASA REDHA DI ATAS SETIAP UJIAN DARINYA..DAN BIARLAH MUSIBAH YG DITURUNKAN ITU SETIMPAL DENGAN KEMAMPUAN HAMBAMU..AMINNN

tehr said...

Moga kita sentiasa tabah menghadapi ujian-Nya

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Setiap dugaan pasti ada hikmahnya..

MulutPayau said...

setiap dugaan pasti ada hikmah yg tersembunyi..semoga kita semua tabah dan sabar hadapinya...

eiela said...

sabar je hadapi dugaan, pasti ada hikmah disebaliknya.