May 8, 2012

Antara Fatwa dan Petua

Fatwa adalah kata kata ulama manakala petua adalah kata kata orang tua.

Definasi fatwa - memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan

Dari segi istilah:

  1. Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
     
  2. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.(dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia).
N3 ni bukan nak cerita pasai fatwa, (tu taraf para ulama yang diiktiraf). disini hanya cerita2 yang menyemak ada la...

Apabila disebut 'petua' selalu dikaitkan dengan 'nenek kebayan'. Sebab apa tidak lah hamba mengetahuinya. Kot ada sapa2 yang tau....

Petua adalah panduan atau pedoman dari orang terdahulu yang telah dicoba gunapakai pada masalah2 seharian. 

cara menghilangkan dakwat pada pakaian

Dah lama cari petua ni....dah banyak jenama clorox dah guna tapi tak hilang......takan nak dibuangkan baju yang masih elok lagi..
akhirnya jumpa di laman petua nenek
sumber petuatradisional.com


beria-ia paste kat sini tapi belum cuba lagi nih....harap2 berhasil kali ni...
1.Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Rendamkan pakaian ke dalam bancuhan susu tersebut lebihkurang setengah jam kemudian basuh dan bilas.
 
2.Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya.
 
3.Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.


Selamat mencoba...

6 comments:

Nens Collection said...

woo..boleh try ni..;)

tehr said...

memang boleh dicuba nanti
ada juga beberapa helai baju yang kena dakwat macam ni
nak buang sayang [membazir], kan?

padin said...

hehe sama la dgn aku, bro tehr... lagi tak best kena kat baju korporat MARA plak, adehhh. boleh cuba kaedah yg kedua tu... nanti kalau berhasil aku bagitau heeee

jebengotai said...

pki vanish power o2 leh kot..hehe

S..U..D..@..I..S said...

Nens Collection
slakan2

tehr
jangan buang
sian orang somalia takda pakaian

padin
coba jangan putus asa....

jebengotai
tanda dakwat baru boleh agaknya....

MulutPayau said...

terima kasih berkongsi...boleh try jugak ni....