May 28, 2012

Hidup Untuk Diuji

Dalam kehidupan kita sengaja Allah datangkan berbagai bentuk ujian untuk kita bermuhasabah. Melihat balik kedalam diri kenapa diuji?  ujian yang diberi sesuai dengan kemampuan seseorang.

Susah senang, sakit sihat, kaya raya hidup mewah juga berupa ujian untuk kita mensyukuri. 

Diibaratkan seorang ibu akan memarahi atau pun memukul anaknya jka melakukan kesalahan. Marah dan pukul itulah tanda kasih dan sayang. Begitulah juga antara Pencipta dan hambanya. Diuji untuk hambanya lebih mendekatkan dirinya kepadaNya. Jika tiada ujian hambanya akan leka mengejar indahnya dunia sementara. Mungkin dengan sedikit musibah kita akan merenung salah silap dan menilai kualiti diri untuk lebih mentaati kepadaNYA.

Jika diberi ujian dan sabar menghadapinya itu tanda Allah mengangkat martabat seseorang. Ujian yang kita hadapi tidak sehebat ujian saudara-saudara kita di Palestin, mereka diburu, ditembak, dibom, dibunuh disembelih seperti trajidi Di Syatila yang menyayat hati. 


sumber: wanperlis.com

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah; ayat 286).



Berbalik pada persoalan diatas kita kena redho apa yang telah direncanakan disamping kekuatan kesabaran menerima dan menghadapinya.


dari radio IKIM waktu balik kerja petang tadi


8 comments:

insan marhaen said...

benarlah ujian itu untuk manusia yang mahu berfikir!

ibundo said...

ujian menandakan allah sayang pada kita.

Unknown said...

semoga kita tabah dlm setiap dugaan dan ujaian yg diturunkan...aminnn...;)

Dinar said...

salam sud@is, kita semua sedang diuji samada mental mau pun fizikal atau kedua-duanya sekali. Mohon berlindung dengan keampunanNYA dari azab siksaanNYA daripada kekhilafan sepanjang menjalani ujian di sini..

eiela said...

bila Allah uji, maksudnya Allah sayang kita, dia nak ingatkan kita.

sud@is said...

insan_marhaen
betul tu IM kalu kat sekolah ujian adalah medan penilaian tahap kehebatan seseorang....

ibundo
mohon mendapat perhatian dan kasih sayangNYA

Nens Collection
kalau tak rebah ,rebah Nen...

Dinar
Itulah harapan kita mohon diberi perlindungan dan kerahmatan...


eiela
Allah sentiasa ingat kita, kita je yang kurang sayang diri kita...
ehh.. betul ka...

Liza Razak said...

tabahlah mengharungi ujian hidup :)

tehr said...

tiap kesulitan kita
itu adalah satu teguran
mog2 kita tidak jauh terbabas