May 6, 2012

Seni Pemakanan Sihat


Nak kongsi disini
dari Utusan Pengguna Pulau Pinang (CAP) - lagi tentng makanan

Tubuh kita terbina daripada makanan yang dimakan. Apa yang kita makan akan memberi kesan secara langsung terhadap perasaan dan kesihatan. Oleh sebab itu (seru pada diri sendiri terlebih dulu) makanlah untuk kesihatan, bukan mengikut nafsu.(setelah sekian lama nafsu diutamakan)
Kesedaran timbul bila kejadian akibat pengambilan makanan tidak seimbang pada diri sendiri, keluarga dan sahabat handai  juga jiran tetangga. 
Apa yang kita makan juga melindungi kita daripada penyakit kronik. Hari ini banyak penyakit yang dikatakan penyakit moden seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser adalah penyakit yang berpunca daripada makanan. Keadaan boleh dicegah melalui diet dan gaya hidup sihat.


1. Biasakan rutin makanan kita dengan makanan warna pelangi.
 makanan bewarna warni ada khasiat tersendiri
2. Makan buah buahan segar tanpa dibuang kulit (minima 2 kali sehari)
3. Makan seasli mungkin atau semula jadi - tidak dimasak atau diproses adalah paling baik untuk tubuh badan.
4. Makan isi putih asli - selain mengambil makanan warna pelangi jangan abaikan makanan warna putih asli dalam diet makanan. banyak makanan putih asli kaya dengan nutrien seperti bawang putih, bunga kobis putih lobak putih, dan asparagus putih.
5.Makan mengikut musim - buah buahan dan sayur sayuran yang ditanam (makanan tempatan) - nikmat makanan yang dipetik bila masak. (berbanding makanan yang diangkut dari jarak yang jauh).
6. Makan apabila lapar - makan secara sedar- makan  perlahan-lahan.atau kunyah dengan sempurna.
7. Berhenti makan sebelum kenyang
8. Makan hidangan kecil
sumber :-peacesojourner.blogspot.com
9. Jangan makan ketika marah atau stres
10.Jangan lakukan perbagai tugas ketika makan.


Antara yang diringkaskan, semoga ada manafaat bersama
untuk lebih maklumat terperinci dapatkan CAP keluaran Mac April 2012





6 comments:

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum Sudais.
Terima kasih atas perkongsian. Dulu selalu jugak baca utusan CAP.Ni first time saya dpt tahu khasiat pada makanan warna pelangi.

Dinar said...

Sudais, makanan warna pelangi mesti best tu kan..masa kecik2 dulu suka makan kek pelangi..sedap.

Mario said...

thanks

Shasha Catering said...

Terima kasih di atas perkongsian. Boleh saya letakkan kat blog saya juga?
Info yang sangan berguna.
Terima kasih sudais

S..U..D..@..I..S said...

shameel Iskandar
Walaikumussalam, moga ada manafaat bersama

Dinar
agar agar pelangi pun sodap... cantik dipandang, sedap ditelang.... hehe

Mario
Tkasih juga

Shasha Catering
silakan.. kongsi kongsian

jebengotai said...

ade juga yg bg tips btk hirisan lobak itu seperti mata..maka lobak tu utk kesihatan mata..dan mcm2 lagi.. :)