Jul 8, 2012

Hanya Amalan Ikhlas Menjadi Benteng


Sang syaitan-iblis laknatullah  berjanji akan mengganggu setiap orang di antara kita mengikut tugas yang tertentu. Iblis, sebagai ketua sekadar memberikan arahan mengikut tahap cabarannya; liat atau rapuh iman seseorang anak-cucu Adam a.s. yang hendak digoda.

Sikap angkuh dan sombong sang syaitan terserlah (biar alim setara mana sekalipun, jika tanpa diiringi rasa 'ikhlas'), apabila tiba saat Allah swt jadikan Adam a.s untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Dan Azazil (asal keturunan iblis, setan dan jin) pun segera menyanggah.

"Aku terlebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan dia daripada tanah." - Al- A'raaf: 12

"Allah berfirman: Turunlah engkau dari syurga, tidak pantas engkau berlaku sombong dalam syurga, maka keluarlah, sesungguhnya tetap engkau termasuk orang-orang yang hina." - Al-A'raaf: 13

Peristiwa ini adalah saat yang paling memilukan - bagaimana seorang hamba yang alim penuh zuhud dan paling disayangi Allah swt sedia berlaku biadab dan angkuh di hadapan Pencipta dirinya. Puncanya, dikeranakan ibadat yang tidak ikhlas - sekadar menunjukkan kealiman diri (bukan bermakna Allah swt tertipu dengan lakonannya - memang itupun adunan Allah swt untuk menunjukkan KeberkuasaanNya dalam mengaturkan sesuatu!).

Hikmahnya, adalah untuk dijadikan iktibar buat umat-umat yang terkemudian sebagai panduan dalam kehidupan. Namun jenis makhluk yang tidak ikhlas dan keras hati ini agak pelik corak pendekatannya. Dia lalu memohon daripada Allah swt.

"Dia berkata: Disebabkan Engkau menyesatkanku, maka aku akan duduk (mengintip) mereka atas jalan Engkau yang lurus." - Al-A'raaf: 16

"Kemudian aku datang kepada mereka (memperdayakan) dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. (Sehingga) kebanyakan mereka, tiada berterima kasih kepada Engkau." - Al-A'raaf: 17

Baru nampak belangnya yang sebenar. Bukan dia nak berasa insaf terhadap kemurkaan Allah swt, sebaliknya ingin melampiaskan segala yang terpendam dalam hati busuknya. Dia masih memohon sebagai satu permintaan terakhir .

"Berkata iblis: Hai Tuhanku! Demi, sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya." - Al-Hijr: 39

"Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas." - Al-Hijr: 40


 Sumber : tranungkite.net

14 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Sudais

moga2 kita tak terpedaya dgn hasutan syaitan

ghost writer said...

aku cuba bayangkan kalau iblis nih setelah puas dan cukup menghasut manusia menuju ke neraka, saat nak hampir kiamat, dia pegi sujud plak kat kubur nabi Adam.. mengakuinya sebagai khalifah di bumi.

mario said...

tak tau nak komen apa...but thanks

Nens Collection said...

nauzubillah..semoga kita lahir dlm islam..mati pon dlm islam..dan penuh keimanan..;)

makchaq said...

Ramadhan ni depa tau depa berjaya ka dak,
Kalau mqsa depa takboleh hasut kita pun kita dok buat perangai macam depa, maknanya ajaran depa tu dah melekat la kat hati kita....
Tu yang makchaq takut tu...
Semoga kita semua tak tertipu....

eiela said...

salam sudais..

syaitan nih memang tak pernah berhenti menyesatkan manusia. semoga kita semua tak mudah tergoda dengan tipu dayanya.

Shasha Mohamed said...

Astaghfirullah....
Semoga kita semua dijauhkan dari kesesatan yang amat tidak menguntungkan ini.
Selamat berpuasa...

LadyBird said...

Iblis ni kalauy suatu hari nanti die bertaubat, adakah diterima ek..

Best Business Brands said...

HANYA AMALAN YANG IKHLAS DITERIMA OLEH ALLAH. Di antara tanda-tanda taqwa ialah keikhlasan kita kepada Allah Ta'ala dalam semua ibadah, ...

Arshare said...

Di dalam kehidupan kite..keikhlasan dan keberkatan sgt la penting dalam setiap perkara yg kite lakukan..

Shasha Mohamed said...

Ya, berbuat baik tu hendaklah ikhlas. Kalau tak ikhlas jadilah macam iblis ni.
Ikhlas amat penting dalam segala perbuatan kita, juga amalan kita kepada Allah SWT.

Rain said...

ikhlas dalam memberi nasihat..

thanks sue :)

S..U..D..@..I..S said...

atuk
hati2.. la ni ada orang berani ngaku syaitan.....

shameel Iskandar said...

Salam alaik Sudais.
Iblis mmg kerjanya menyesatkan manusia. Itu tugas rasminya sejak era Nabi Adam dan Hawa.