Oct 21, 2012

Mungkin saya rakyat biasa..........


Saya menghadapi banyak karenah birokrasi dalam dunia pendidikan. Anak saya telah digigit oleh seorang murid  sekelasnya  tahun 1 hingga bengkak dan cedera lengan kirinya. Namun tiada tindakan susulan daripada guru sekolah. Cikgu disiplin, guru GPK 1. Guru Besar juga tidak memberi perhatian yang serius walaupun laporan polis telah dibuat. Malah semua guru sekolah tersebut tidak pernah bertanya khabar murid yang digigit.

Adakah jika murid tersebut adalah anak Menteri atau seorang berpangkat Datok barulah guru sekolah bertanya khabar?... Itulah dunia dua darjat dalam isu pendidikan.

Berapa ramai ibu bapa tidak membawa kes buli ke Mahkamah kerana miskin dan buta undang-undang?

Saya semakin terkilan apabila mendapati GPK1 yang terlibat dalam kes ini telah dipindahkan sekolah dan dinaikkan pangkat kepada Guru Besar. 

Itulah nasib seorang rakyat biasa yang dilayan seperti sampah.

Cerita penuh di sini
kena buli - sumber : aidawahablovefun.blogspot

12 comments:

padin said...

aduhhh parah kalau macam ni, huhuu

tehr said...

saya juga seorang rakyat biasa
rakyat biasa juga yang paling ramai di negara bertuah ni

ghost writer said...

mereka akan cuba memberi alasan standar : jangan besarkan hal tersebut atau jangan masuk campur, biar mahkamah yang tentukan.

mario said...

tp plg tak msk akal adalah bila ada yg kata, klu tak suka, pindah je,jgn duk msia....

Kalamhati said...

mcm pelik pulak dorang buat der je..klu sekolah buat derk sekalipun biasanya pejabat pelajaran mesti akn bertindak.takkan biar je mcm tu..

nak2 pulak kes kecederaan..kes cikgu tak semak buku latihan murid yg direport oleh parents pun takkan lepas dr siasatan pejabat pelajaran.

mesti ada sebab tertentu tu..takleh nk judge sapa yg salah dulu kan..huhu

Shasha Mohamed said...

Kenapalah selalu camni. Selalu ada double standard. Mana keadilan?

S..U..D..@..I..S said...

padin

terharu juga membacanya..

tehr

tak suka jadi yang tak biasa...

ghost writer

sekadar simpati hal kejadian..

mario

ayat melampau tahap maximum

Kalamhati

dengar sebelah pihak cikgu....tak tau kes sebenar.. elok juga kalau ada pihak sekolah tampil memberi pencerahan

Shasha Mohamed

macam2 kes pelik ajaib pun ada...

MulutPayau said...

teruknya....tak sepatutnya berlaku...

LadyBird said...

slg x msk paper.. slg tu akn diignore..

insan marhaen said...

memang pening menjawat profesyen guru ni. IM pun dulu bila ke sekolah memantau persekolahan anak, dan-dan angkat tangan kalau ada tawaran nak jadi cikgu.

cuma ibu_suri saja yang sanggup. itu kerana suka budak-budak...

cicileydi said...

gud luck ^^

SLM..please www.cicileydi.com

Anonymous said...

salam singgah sahabat..senyap je nie
http://kachipemas.blogspot.com/2012/12/fulamak-sekitar-gambar-majlis-akad.html